03-4296-2019 | 016-383-0660 info@syazatravel.com.my
03-4296-2019 | 016-383-0660 info@syazatravel.com.my

10 Destinasi menarik di Mesir

Walaupun saat ini Mesir sedang bergolak dan keadaan yang tidak selamat, namun Mesir tetap mempunyai daya tarik. Lupakan dahulu konflik yang sedang berlaku di Mesir, negara ini mempunyai peninggalan sejarah dunia dan tempat-tempat pelancongan yang memukau. Hampir semua wilayah di Mesir mempunyai nilai sejarah. 10 senarai destinasi pelancongan Mesir ini tentu tidak boleh didapati di tempat lain.

10. Gunung Sinai

Gunung sinai adalah puncak tertinggi di bandar Saint Kahterine ‘s. Gunung Sinai banyak dikunjungi para pelancong, kerana di gunung inilah Nabi Musa mendapat wahyu dari Allah, iaitu 10 perintah Allah yang diberikan untuk bangsa Israel. Di puncak Sinai juga berdiri sebuah masjid dan gereja, dan banyak pendaki yang berminat menuju kemuncaknya.

9. Karnak

Luxor. Egypt. Theatrical porticoed courtyard with Osiris columns in the Temple of Ramses III at the Temple of Amun in Karnak.

Karnak adalah sebuah bagunan kuil, iaitu runtuhan kuil, tiang-tiang dan bangunan yang lain. Kawasan ini menunjukkan bahawa dahulu pernah berlangsung sebuah peradaban. Ada 3 kuil utama dan banyak kuil yang bersaiz kecil. Pada masa pemerintahan Firaun, Karnak dibina sebagai tempat pemujaan.

8. Sharm el-Sheikh

Sharm el-Sheikh adalah kawasan bandar kedua Mesir, banyak kemudahan hiburan dan pelancongan terdapat di sini. Kedudukannya yang strategik menghadap Teluk Tiran dan Teluk Aqaba, Sharm el-Sheikh bagaikan syurga pelancongan air seperti snorkeling, selam skuba dan lain-lain. Di Sharm el-Sheikh, kita boleh melihat Gunung Sinai dan Teluk Naama. Lapangan golf dengan kemudahan yang lengkap juga disediakan di sana.

7. Hurghada

Hurghada adalah bandar di Mesir yang terletak di Laut Merah dan terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir putihnya. Hurghada juga menawarkan tempat-tempat pelancongan yang disokong kemudahan yang baik. Di Hurghada terdapat banyak resort, hotel dan penginapan. Batu karang Pantai Hurghada dianggap yang paling indah di dunia. Hurghada juga menjadi pusat antarabangsa sukan air seperti meluncur angin, belayar, menyelam dan lain lain.

6. Sungai Nil


Sungai Nil adalah sungai terpanjang di dunia di mana Nabi Musa pernah dihanyutkan ke Sungai Nil hingga dijumpai oleh isteri Firaun. Sungai Nil adalah jantung kehidupan penduduk Mesir. Kehidupan masyarakat Mesir bertumpu pada sungai Nil. Aktiviti seperti empangan, pusat ekonomi, pertanian, perikanan, perhubungan dan lain lain. Tidak salah apabila ada ungkapan yang menyebutkan, “Sungai Nil adalah hadiah untuk bangsa Mesir”.

 

5. Luxor

Luxor adalah bandar kuno di Heliopolis Selatan, di Luxor banyak terdapat tapak sejarah Mesir Kuno seperti tugu, runtuhan kuil-kuil dan makam serta muzium terbuka yang terbesar. Pelancongan menjadi tumpuan ekonomi penduduk Luxor.

 

4. Laut Merah

The Red Sea

Laut Merah ada disebut dalam Al-Quran , pada ketika Nabi Musa membelah Laut Merah dengan tongkatnya. Waktu itu Nabi Musa dan para pengikutnya bangsa Israel melarikan diri dari dikejar Firaun. Terusan Suez menghubungkan Laut Merah (Mesir) dengan Laut Mediterranean. Laut Merah mempunyai batu karang, kepulauan dan kadar garam yang tinggi. Walaupun banyak spesies berbahaya di laut Merah, tetapi tidak menggetarkan para penyelam untuk menikmati keindahannya.

3. Alexandria

Alexandria atau Iskandariah adalah bandar terbesar kedua di Mesir dan salah satu bandar paling terkenal di dunia. Di Alexandria terdapat sphinx dan teater Rom kuno. The Great Lighthouse adalah termasuk  dalam 7 Keajaiban Dunia. Banyak pelancong yang berminat untuk melawat Alexandria kerana tempatnya yang sangat indah.

2. Kaherah

Ibu kota Mesir ini adalah bandar terbesar di Afrika dan berpenduduk paling padat. Kaherah juga sebagai pusat ilmu pengetahuan Islam. Universiti tertua di dunia Al Azhar juga berada di Kaherah. Bangunan rumah, bangunan-bangunan kuno sangat kental dengan seni bina Islam. Gelaran untuk Kaherah adalah bandar dengan 1000 menara. Kerana masjid-masjid di Kaherah minimum mempunyai 2 menara.

1. Piramid dan Sphinx

Ada lebih dari 80 piramid di Mesir, dan piramid yang terbesar adalah Piramid Agung Giza dan Sphinx Agung adalah shpinx yang terbesar. Di dalam piramid terdapat mumia atau jasad raja-raja yang dipelihara, sedangkan sphinx adalah patung singa berkepala manusia. Piramid dan sphinx di Mesir membuktikan struktur buatan manusia yang tertinggi di dunia yang menyimpan banyak misteri.

4 Responses

Leave a Reply

Kategori

Arkib

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp