Syaza Travel & Tours Sdn Bhd
info@syazatravel.my03-4296-2019     016-383-0660 | 018-2788-464   
default-logo


Pernah tak anda menukar no kombinasi beg bagasi atau anda hanya terus menggunakan no yang telah disetkan oleh penjual? No kombinasi perlu di tukar kepada no yang anda senang ingat kerana bila anda terlupa dengan no tersebut maka terpaksalah anda mengorbankan kunci dengan memotongnya menggunakan sepanar.
Lihat cara bagaimana untuk mengesetkan no atau menukarnya. Ingat jangan lupa no tersebut.

Mulai tahun ini pihak Syaza Travel & Tours Sdn Bhd akan memberikan cenderahati tambahan yang merupakan beg bagasi No24 kepada para jemaah disamping cerderahati yang sedia diberikan. Beg bagasi yang kukuh dan cantik ini boleh digunakan berulang kali kerana ianya tidak direkabentuk hanya untuk kegunaan umrah sahaja.

 

KOTA TAIF – ‘Bandar Bunga Ros’

Bandar Taif merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi dimana disinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan tumbuh segar. Terdpat lebih dari 80 jenis teh yang terdapat disini utk diminum dan beribu-ribu kuntum bunga ros pink untuk dijadikan minyak wangi. Di sini terkenal dengan kawasan pemprosesan minyak wangi ros pink. Selain itu, terlalu banyak kawasan2 sejarah yang terdapat disini.Taif terletak kira-kira 80 kilometer di tenggara Mekah dan berada pada sekitar 1, 800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya di Lembah Asin dan al Hada. Pada musim panas lokasi ini menjadi tempat bersantai dan percutian para kenamaan dan kerabat di raja Arab Saudi. Ia menjadi destinasi percutian popular domestik dan antarabanga.

Kira-kira 1,400 tahun lalu, Taif telah mencatatkan episod duka terhadap usaha dakwah Nabi Muhamad (SAW) apabila Baginda dan sahabatnya Zaid bin Harithah menerima layanan buruk apabila berkunjung ke kota ini dari Mekah. Bukan sahaja usaha dakwah Baginda ditolak, malah Baginda telah dihina dan disakiti iaitu dilontar dengan batu oleh penduduk Taif sehingga cedera.

Sifat tenang, sabar, penyayang serta al Dilalah (futuristik) yang dimiliki baginda jelas terhasil lebih seribu tahun kemudian. Bumi Taif kini dihuni waris daripada generasi yang pernah menzalimi dan menyakiti Baginda. Bukan diukur kepada pembangunan fizikalnya pada masa ini namun lebih daripada itu ialah lahirnya insan-insan yang beriman sebagai penduduk Taif.

Untuk sampai ke Taif, ada beberapa jalan masuk samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan selepas itu. Perjalanan akan melalui lebuhraya  yang lebar dan besar. Sepanjang lebuhraya ada disediakan tempat-tempat khusus bagi yang ingin berhenti di sisi lebuhraya untuk bersantai sejenak sambil menikmati pemandangan hamparan  bukit batu dari atas. Anda boleh merakam keindahannya pemandangan jejak alam ini melalui kamera.

highway-jalanan-bukit-batu-thaif-22
Yang cukup istimewa dan unik adalah monyet-monyet yang kelihatan di sisi jalanan sepanjang lereng-lereng bukit. Di salah satu kawasan kelihatan monyet-monyet ini bebas berkeliaran dan akan datang kepada kenderaan  yang berhenti, yang mungkin menanti makanan yang akan dilemparkan ke arah mereka.

monyet-di-bukit-batu-highway-thaif2

Taif merupakan tempat menghasilkan cairan pewangi diperbuat daripada bunga ros. Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi. Cairan pewangi yang dihasilkan secara kaedah tradisional di sini mendapat pasaran meluas dan dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Thaif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah.

Lembah al Hada, al Shifa dan al Dehia adalah kawasan tanaman bunga ros terbesar di Taif. Di sini juga terletak ladang buah-buahan seperti anggur, aprikot, delima, tin, tembikai, strawberi dan pelbagai lagi.

rose

Bunga ros yang sudah sedia dipetik

DSC01749[3]
Kebun Bunga
DSC01780[3]
Kebun Buah-buahan
ros taif1
Air mawar Thaif yang tersohor di serata dunia
taif-rose
Banyak terdapatnya empangan bersejarah di Taif seperti Empangan Ekrima dan Empangan Sisad yg terletak dalam kawasan ‘Taif National Park”. Ianya telah  dibina semasa zaman pemerintahan Umayyah. Namun sungai yang terdapat di luar taman ini masih mengalir laju. Banyak ikan melompat, dan banyak sayur selada air digigi air.

DSC02808

Empangan Sisad yang sudah kering di Taif

Istana Shubra merupakan di antara ikon tumpuan di sini. Bercirikan senibina Islam dan Rom, bangunan empat tingkat ini mula digunakan pada tahun 1904. Pernah didiami oleh Raja Abdul Aziz sebagai istana baginda pada musim panas. Bangunan ini juga pernah menjadi ibu pejabat Kementerian Pertahanan Arab Saudi. Kini ia merupakan sebuah muzium yang menyimpan khazanan sejarah Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif.

istana subra
subra depan
2162
Masjid Abdullah Ibn Abbas, makamnya tidak jauh dari masjid ini. Beliau merupakan sahabat yang diberi tanggungjawab memimpin dan mengetuai kerajaan Baginda pada awal perkembangan Islam dahulu. Beliau terus duduk di sini membimbing penduduk Taif hinggalah kewafatannya.
img_16901
Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku. Dikatakan Baginda pernah singgah berehat serta berdoa dan bermunajat di masjid ini. Masjid berstruktur batu ini bersaiz lebih kecil daripada kebanyakan surau di Malaysia dan kini tidak digunakan lagi. Apabila Baginda tiba di sini, di katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut untuk di gelincirkan atau di golekkan ke arah Baginda, namun di katakan batu tersebut tersekat di situ .
Ziarah Taif 12
.
2160
Keadaan didalam masjid tempat Rasullah bersandar kerana kesakitan. Sungguh pilu mengenngkanya peristiwa itu yang kita seakan-akan benar-benar merasakan situasi tersebut.
2161
Ini adalah salah satu Masjid berdekatan dengan the Prophet Garden dikenali sebagai masjid Madhoun. Masjid ini dah tak di gunakan  kerana masjid ini di bina selepas masa Rasullulah SAW . Ianya di bina menara yang tinggi dan muazzin akan melaungkan Azan dari menara ini untuk memanggil para petani dan penduduk di sekitar untuk mengerjakan solat .
img_0193
Masjid Qantara , tempat Saidina Ali membantu rasulullah ketika perang menakluk Taif
qantra
Makan tengahari disebuah restoran yang merupakan muzium lama yang mempamerkan deretan kereta-kereta antik. Menu utama yang dihidangkan merupakan Nasi Mandy kambing dan ayam yang sangat lazat  dengan pudingnya yang super sedap.
2163
Dan seterusnya Jemaah akan melawat ke Gunung Ashafa yang bertempat di satu daerah yang yang popular di Taif dengan mempunyai ketinggian lebih daripada 2000m daripada aras laut .Iklim yang sejuk memungkinkan perkebunan buah-buahan tumbuh subur di kawasan ini. Thaif merupakan pusatnya anggur dan apel.
 safa
Jalanan menuju Shafa juga tergolong lebar dan besar. Pemandangan sepanjang kiri kanan jalan adalah perbukitan hijau dengan lembah-lembahnya yang landai. Sangat kontras dengan suasana Negeri Gurun yang umumnya didominasi padang pasir bersemu warna coklat.
DSC03174
Kesempatan singgah untuk membeli belah di pasar buah-buahan di Pusat Bandar Ashafa’  sangat mengasyikkan.  Deretan gerai buah-buahan segar yang baru dipetik dari ladang membuat kita rambang mata memilihnya. Kota Mekah mendapat bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran dari sini yang dihantar setiap hari.
2164
Pasar Segar Taif ….
pasar+buah
pasar buah taif
Dari Shafa, kita boleh terus  menuju Al Hada atau Taif. Sebelum meninggalkan kawasan Thaif dan Al Hada ini, jangan lupa berbelanja buah-buahan segar. Singgahlah ke sebuah lapak menjual buah-buahan yang cukup besar dan ramai. Tempatnya pasti ditempuhi dalam laluan perjalanan pulang.
Ziarah Taif 36
Keadaan gunung yang perlu dilalui untuk ke Mekah dari Al Hada , memang cantik dan canggih jalan melalui lereng lereng gunung ini.
Tempat miqat bagi penduduk Taif ialah di Qarnul-Manazil. Miqat ini juga ialah tempat miqat bagi penduduk Malaysia yang datang dari tanahair ketika hendak menunaikan haji atau umrah. Ia lebih kurang sejam sebelum sampai ke Jeddah menaiki kapal terbang.Selesai bermiqat terus bertalbiah sepanjang perjalanan ke Mekah. perjalanan dari Taif ke Mekah mengambil masa kira-kira 2 jam.
 DSC_0324 qarnul manazil miqat umrah last keempat


Sila lawati www.syazatravel.com.my untuk pakej ziarah Taif 2017

Syaza Travel & Tours Sdn Bhd merupakan pengeluar visa yang sah yang berdaftar dengan Kementerian Haji Arab Saudi dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dibawah Muassasah Arab Saudi Mawaddah International Group for Hotel and Umrah Services.

 

Kami memproses visa umrah terus dengan kementerian Haji Arab Saudi dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur tanpa menggunakan orang tengah. Ini menjamin perolehan visa umrah mengikut jadual yang dikehendaki.

 

Alhamdulillah dengan izin dari Allah S.W.T, semua keperluan visa untuk tahun ini 2017 tidak menghadapi masalah disebabkan kuota kami sebagai pengeluar visa berdaftar yang sah mencukupi untuk menampung kesemua jemaah kelolaan kami.

 

Semak Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar


 

Semak Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)

 


 

Semak Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Arab Saudi

 


 

Semak Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)

 


 

Semak Status Outbound di Portal Kementerian Pelancongan Malaysia

 

Hotel bertaraf 5* berjarak hanya kira-kira 50 m, 5-7 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram melalui Pintu King Abdullah.

Hotel bertaraf 3* terletak di Jalan Misfalah yang berjarak 500 meter dari Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz.

Hotel bertaraf 3* berjarak  kurang dari 100m, kira-kira 5 minit sahaja berjalan kaki ke Masjid Al Nabawi.

Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac.

Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius.

Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan.

Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2017

Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah;

  1. Umrah Biasa
    Umrah jenis biasa adalah sama seperti lain-lain umrah biasa didalam musim-musim lain seperti jenis hotel penginapan dan perkhidmatan lainnya. Perincian perihal pakej ini ada didalam laman web ini.
  2. Umrah Ziarah Taif (Hotel 5* Anjum)
    Umrah Ziarah Kota Taif merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif . Disamping itu pakej ini agak berprestej dimana hotel penginapan di Mekah adalah bertaraf lima bintang dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 50m sahaja.
  3. Umrah Ziarah Taif Biasa
    Umrah Ziarah Kota Taif Biasa merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif tetapi dengan jenis hotel penginapan biasa dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 450m.

Tarikh Penerbangan dan Jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2017

Jadual penerbangan

Keistimewaan Umrah di Bulan Ramadhan

Seperti kita ketahui bulan ramadhan adalah bulan yang penuh keistimewaan. Di bulan ramadhan setiap amal baik yang kita kerjakan akan mendapat nilai yang lebih pahala istimewa dibandingkan dengan bulan lainya. Di antara amal-amal saleh yang dapat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan adalah umrah. Dalam kaitannya dengan keistimewaan hal itu, Rasulullah Saw pernah bersabda: “Umrah pada bulan Ramadhan itu menyamai haji.” (HR Bukhari). Dan dalam riwayat yang lain disebutkan:

“Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.”. (Muttafaq Alaihi). Dengan demikian, orang yang pergi ke Mekah untuk Umrah pada bulan Ramadhan, bagiannya pahala yang sama seperti haji. Hal itu merupakan bukti tentang besarnya pahala Ramadhan dengan tetap didasari konsep tentang tidak gugurnya kewajiban haji bagi orang yang telah wajib melaksanakannya.

Kita telah melangkah ditahun 2017 dengan cabaran yang lebih hebat dengan keadaan dunia yang serba tidak menentu. Kadang-kadang terfikir dibenak kita untuk melarikan diri dari kekusutan masalah yang menghambat diri dan jiwa kita. Pergi ketempat-tempat yang menenangkan jiwa dan minda kita adalah sesuatu tindakan yang betul untuk mengurangkan tekanan harian hidup kita. Lebih-lebih lagi jika tempat-tempat yang bakal dikunjungi menawarkan bukan sahaja kelegaan fizikal dan minda malahan mendekatkan kita dengan Allah sangat-sangat didambakan. Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah dimana kita ingin merapatkan diri dengan ahli keluarga yang sering berjauhan atau terabai diwaktu-waktu biasa dengan kesibukan kita mencari nafkah atau berjauhan disebabkan lokasi kerja atau sekolah anak-anak. Sesuatu kelainan cuti sekolah pada bulan mei dan Jun pada tahun ini jatuh pada awal ramadhan pula. Mungkin ini peluang keemasan kita dimana kita boleh menikmati keseronokan berpuasa dinegara orang bersama dengan ahli keluarga.

Kami pertontonkan suasana berpuasa semasa melakukan umrah dimana keseronokan dapat beribadah dibulan yang agung ini.

Pakej-pakej umrah semasa cuti sekolah dan ramadhan telah kami sediakan dengan tawaran harga yang sangat menarik walaupun kedudukan pertukaran ringgit yang masih lemah

Biasanya pakej umrah dalam waktu cuti sekolah adalah pakej-pakej yang cepat habis ditempah berbanding pakej-pakej biasa. Jadi rancanglah perjalanan umrah anda bersama keluarga tercinta dengan membuat perancangan awal semoga tidak berputih mata. Pihak Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah membuka pakej umrah cuti sekolah untuk ditempah dengan harga serendah RM6,290.

Umrah Cuti Mac Sekolah 2017

  • 17 MAR 2017 – 28 MAR 2017

Umrah Awal Ramadhan & Cuti Sekolah Mei & Jun 2017

  • 26/05/2017 – 26/06/2017
  • 29/05/2017 – 09/06/2017

Pakej Umrah Musim Sejuk Nov & Dis 2017

  • 16/11/2017 – 27/11/2017
  • 23/11/2017 – 04/12/2017
  • 30/11/2017 – 11/12/2017
  • 07/12/2017 – 18/12/2017
  • 14/12/2017 – 25/12/2017
  • 21/12/2017 – 01/01/2018

Sila layari www.syazatravel.com.my untuk keterangan lanjut.

Alhamdulillah, Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah dipilih untuk menerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy dengan kerjasama Kementerian Haji dan  Umrah Arab Saudi  dan UiTMara Malaysia. Mereka telah berkolobrasi dalam menganalisa dan menilai prestasi semua Agensi Pelancongan dan Operator Haji dan Umrah yang beroperasi di Malaysia untuk dipilih  sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat. Anugerahan telah disampaikan oleh yang Berbahagia Setiausaha Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Malaysia. Dengan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi untuk memberi pelayanan yang lebih baik dan bermutu kepada semua pelanggan kami terutamanya para jemaah umrah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini yang telah diadakan pada malam 2hb November, bertempat di Dewan Banquet, Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur.

harmain

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp