Catatan Kembara Bandung, Indonesia

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Paris van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Mengimbas kembali kenangan dan memori semasa menjadi Ketua Rombongan kumpulan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah sekitar Johor pasti mengukir senyuman….disini saya coretkan beberapa bingkisan memori untuk tatapan umum…. Hari Pertama : KETIBAAN DI BANDUNG (Makan Malam) Setibanya kami di Lapangan Terbang HUSEIN SASTRANEGARA, kami disambut oleh Tour Guide dan wakil syarikat. Terus ke hotel untuk check-in. Kemudian kami ke Salah satu tempat shopping yang paling famous skali di Bandung, iaitu  PASAR BARU Shopping Centre. Makan Malam kami di restoran tempatan dan kemudian, acara bebas…ape lg, tido la..penat seharian bershopping dan berjalan…hehehehe

Pelbagai jenis beg dapat dibeli di Pasar Baru
Kain-kain pasang dan ela juga terdapat di Pasar Baru
huh, memang rambang mata jika berada di Pasar Baru
pakaian untuk RAJA SEHARI juga terdapat di Pasar Baru ni….

Hari Kedua : BANDUNG FULL DAY TOUR (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) Selepas sarapan di Hotel, kami dibawa ke Gunung TANGKUBAN PERAHU yang dikenali dengan cerita-cerita sejarah Sangkuriang dan Dayang Sumbi dan juga CIATER HOT SPRING. Selesai kembara kami di Tangkuban Perahu, kami meneruskan perjalanan shopping kami di CIHAMPELAS JEANS CENTRE dan FACTORY OUTLET. Perh!!! disini memang tempatnya bagi kaki-kaki shopping. Lepas penat menghabiskan duit untuk shopping, kami berehat selepas makan malam di restoran.

“Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu”
CIATER HOT SPRING

CIHAMPELAS JEANS CENTRE juga dikenali sebagai bandar tempat SUPERHERO melarikan diri…hehehe….sungguh unik dikawasan ini sebab hampir kesemua kedai-kedainya meletakkan simbolik superhero yg seakan-akan nampak real…
FACTORY OUTLET di Bandung sangat unik kerana hampir kesemua outlet tersebut merupakan antara rumah-rumah pembesar Belanda pada zaman dahulu kala…pelbagai papan tanda yang unik dipamirkan diluar kedai untuk menarik minta para pengunjung. Harga yang sangat menarik dengan kualiti yang terbaik

Hari Ketiga : BANDUNG SHOPPING TOUR (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) Selepas sarapan di hotel, kami meneruskan lagi penjelajahan shopping kami di CIBADUYUT SHOES CENTER dan STOCK CENTER FACTORY OUTLETHERITAGE FACTORY OUTLETSUMMIT FACTORY OUTLET dan beberapa FACTORY OUTLET yang masih berbaki di Bandung. Selepas seharian penat berjalan, menghabiskan duit dan bershopping, kami rehat di hotel. Opps…tidak dilupakan, Lunch dan Dinner kami tersangatlah sedap!! heheheeh….cibaduyut-statuecibaduyut MerchandiseImage447jalan-cibaduyut

CIBADUYUT SHOES CENTER
STOCK CENTER FACTORY OUTLET
HERITAGE FACTORY OUTLET

SUMMIT FACTORY OUTLET

Hari Keempat : Bertolak dari BANDUNG ke KL (Sarapan) 

Selepas sarapan, aktiviti bebas sekitar hotel, menghabiskan saki baki duit Rupiah yang masih bersisa dalam poket dan beg kami sementara menunggu dorang hantar kami ke Airport untuk fly ke KL…sedihnya 🙁
So, pendek kata, mmg Bandung adalah KOTA SHOPPING bagi mereka yang hobinya adalah SHOPPING…mana tak nya…barang-barang yang brended boleh didapati dengan harga murah di Bandung….tak hairan la ramai yang berpusu-pusu ke Bandung terutama menjelang Syawal…hehehehe….
Untuk lebih feel, saya telahpon videokan memori dan kenangan kami sepanjang program….sila lah menonton ye 🙂 🙂 🙂
Jangan lupa, jika ingin menjelajah Kota Shopping Bandung, sila lah berurusan dengan para Executive Syaza Travel yang ramah dan sporting di 03-42962019!!!
SELAMAT MENGEMBARA!!!!

Leave a Reply

Kategori

Arkib