Syaza Travel & Tours Sdn Bhd
info@syazatravel.my03-4296-2019     016-383-0660 | 018-2788-464   
default-logo

DOKUMEN PERMOHONAN VISA UMRAH

Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh mereka untuk proses pengeluaran visa umrah supaya ianya tidak tergendala. Disediakan disini keperluan-keperluan tersebut untuk rujukan. Sila bertanya kepada pihak kami jika tidak berapa jelas tentang syarat-syarat tersebut. DOKUMEN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN VISA UMRAH

1.       Passport antarabangsa, masih boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan muka surat kosong sekurang-kurangnya 6 (enam) helaian muka surat

2.       Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135

3.       4 Keping Gambar berukuran 6 x 4cm, dan latar belakang bewarna putih, tanpa memakai songkok/kopiah bagi lelaki & bertudung gelap bagi wanita.

4.       Pengesahan Mahram seperti berikut :-

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI WANITA :-

1.       Salinan surat nikah ( Jika pergi bersama suami )

2.       Salinan sijil kelahiran peserta & waris ( Pergi Bersama adik/abag/bapa )

3.      Salinan Sijil Nikah dan salinan kad pengenalan suami ( Pergi tanpa suami )

4.       Salinan sijil kelahiran peserta, waris & salinan kad pengenalan waris lelaki yang sah (pergi tanpa adik/abang/bapa)

5.       Salinan Sijil kelahiran anak lelaki (pergi bersama anak lelaki berumur 18 tahun keatas)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI KANAK – KANAK :-

1.       Salinan sijil kelahiran bagi kanak-kanak perempuan / lelaki yang berumur 18 tahun kebawah ( pergi bersama bapa / abang-salinan sijil kelahiran abang )

2.       Salinan sijil pengambilan anak angkat dan salinan kad pengenalan bapa ( pergi bersama bapa / ibu angkat )

3.       Salinan sijil kelahiran kanak – kanak dan salinan kad pengenalan waris ( pergi tanpa abang / bapa )

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI WARGA ASING ( PEMBANTU RUMAH )

1.       Salinan permit kerja yang sah dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 6 bulan

2.       Mempunyai nama bapa di dalam passport

3.       Diiringi oleh majikan yang sah

SYARAT-SYARAT TERKINI VISA UMRAH 2014/1435H

Berkuat kuasa serta merta, Pihak Kedutaan Arab Saudi telah membuat satu peraturan baru untuk mendapatkan Visa Umrah. Jemaah yang ingin membuat permohonan visa perlu mengemukakan beberapa dokumen: Wanita pergi bersama bapa (bawah 45 tahun)

  • Salinan sijil lahir *

BAGI JEMAAH KANAK-KANAK Kanak-kanak perempuan harus pergi bersama mahram (di bawah 45 tahun – lihat senarai mahram)

  • Salinan sijil lahir*
  • Salinan Sijil Lahir* mahram ( Nota Penting: ibu kandung mesti pergi bersama)

Kanak-kanak Lelaki kurang dari 18 tahun harus pergi bersama mahram (lihat senarai mahram)

  • Salinan sijil lahir*
  •  Salinan Sijil Lahir* mahram ( Nota Penting: ibu kandung mesti pergi bersama)

Anak tiri yang ikut bapa tiri (Ibu kandung mesti ikut serta)

  • Sijil penceraian*
  • Sijil Pernikahan Baharu*
  • Surat Akuan Hak Penjagaan Anak*
  • Sijil Lahir Anak*
  • Salinan K/P Bapa Kandung*

Anak angkat (Penjaga mesti ikut serta)

  • Surat Akuan Anak Angkat*
  • Sijil Anak Angkat*

BAGI JEMAAH WARGA ASING Pembantu rumah (MAID) mestilah majikan ikut serta

  • Permit kerja sah laku 6 bulan*
  • Nama Bapa terdapat dalam passport/ Nama Bapa Endorsed di Kedutaan
  • Surat kebenaran dari majikan

Foreign Workers (PekerjaAsing)

  • Permitkerja sah laku 6 bulan/ PR Original & Salinan*
  • Surat kebenaran dari majikan (Company Letter Head)
  • Namabapa terdapat dalam passport/ Nama Bapa Endorsed di kedutaan

Foreign Students (PelajarAsing)

  • Salinan permit @ passport / visapelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan Kad pengenalan*

SENARAI MAHRAM Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi. Mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :- (Mahram Lelaki sahaja) – NASAB

  1. Suami – surat nikah
  2. Bapa kandung – surat beranak
  3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
  4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibubapa dan surat beranak bapa saudara
  5. Datuk kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa &  surat beranak datuk kandung
  6. * NOTAPENTING :

SEMUA DOKUMEN MAHRAM perlu disahkan di JPN/Pejabat Agama Islam & WISMA PUTRA

  1. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat/IC Merah(PR)/IC Biru – Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara.
  2. Sijil Nikah/Sijil Penceraian/Sijil Rujuk – Pengesahan Jabatan Agama Islam
  3. Premit Masuk Malaysia – Pengesahan Imigresen

*Untuk memudahkan proses di JPN dan JAI, sila bawa sijil asal dan salinan

Tentang Pengarang

Tinggalkan Balasan

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp