JELAJAH SEJARAH ISLAMIK DI NEGARA TURKI

Mengembara ke negara Turki dan mempelajari serba sedikit sejarah tentang kehidupan di negara Turki. Antara tempat-tempat menarik yang kita boleh lihat & pelajari di Negara ini ialah:
• Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque)
– Masjid bersejarah di Istanbul dan bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Uthmaniyyah. Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya.
• Hagia Sophia

– Dahulunya gereja, kini telah menjadi sebuah masjid yang sangat indah dan cantik. Bangunan ini menjadi masjid pada masa kekuasaan Kesultanan Uthmaniyah. Kemudian bangunan ini dibuka sebagai museum oleh Republik Turki.
• Istana Topkapi (Topkapi Palace)
– Merupakan museum yang menyimpan segala sejarah dan warisan peninggalan Rasulullah serta barang-barang penting seperti Jubah, Al-Quran, Tapak Kaki, Senjata, Peti Emas dan sebagainya.
• Bosphorus Cruise
– Ingin melihat Turki Eropah dan Turki Asia dalam satu masa? Dengan bosphorus cruise ini anda akan dpt melihat di mana selat yang memisahkan antara Turki Asia dan Turki Eropah. Sambil menaiki cruise juga, anda boleh menikmati pemandangan yang indah dengan melihat burung bertebangan berdekatan cruise.

• Hot Air Balloon
– Cappadocia di Turki sememangnya terkenal dengan hot air balloon atau belon udara panas. Pengalaman menaiki hot air baloon di sini pastinya sukar dilupakan di tambah lagi dengan menikmati pemandangan indah yang tidak sama jika melakukannya di tempat lain. Pengunjung juga boleh melihat keseluruhan bandar yang terdapat di Cappadocia dengan menaiki balloon ini.

• Grand Bazaar

– Bazaar yang terkenal dan terletak di Istanbul kerana setiap pengunjung yang datang ke Istanbul akan pergi ke Bazaar ini kerana pelbagai jenis barangan jual di sini seperti Seramik, Turkish Delight, Cenderahati, Lampu & sebagainya. Bazaar ini mempunyai lebih kurang 4000 kedai di dalamnya.

Marilah mengembara Negara Turki bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Kami boleh membuatkan impian anda menjadi realiti untuk ke sana. Jangan risau! Dengan serendah RM4500 SAHAJA anda boleh ke Negara Turki.

Pakej kami termasuk :
 Penginapan bertaraf 3* / 4*
 Tiket penerbangan
 Pengangkutan
 Pemandu pelancong
 Makan & Minum
 Tiket Masuk Tempat Melancong

Leave a Reply

Kategori

Arkib

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp