Muscat bandar raya selamat

Muscat adalah ibu kota Oman. Muscat mempunyai sejarah yang panjang sebagai pelabuhan penting di antara timur dan barat, kerana lokasinya yang strategik berhampiran muara Teluk Parsi. Oman antara negara yang dikategorikan selamat dikunjungi, aman damai dan bersih sehinggakan Duta Besar Amerika Syarikat ke Oman boleh bersiar-siar bebas di Muscat tanpa seorang pun pengawal pengiring.

Sukar juga melihat sampah sarap bertaburan walaupun di pasar basah, remaja melepak dan berpakaian menjolok mata. Kebanyakan rakyatnya berpakaian tradisi menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan sama ada untuk bersiar-siar atau bekerja.

Sejak awal 1970-an, Muscat telah mengalami perkembangan infrastruktur yang pesat yang telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang rancak dan masyarakat berbilang kaum. Muscat adalah tempat kepada beberapa mercu tanda penting. Ini termasuk beberapa masjid, termasuk Masjid Besar Sultan Qaboos dan Masjid Ruwi, serta muzium, termasuk Muzium Warisan Oman, Muzium Negara Oman, Pusat Pameran Minyak dan Gas Oman, dan Muzium Angkatan Tentera Sultan.

Mungkin anggapan pertama anda, tiada apa yang istimewa mengenai Oman sehingga anda mungkin tidak begitu teruja untuk melawat negara Arab ini. Bagaimanapun, jika anda berpeluang mengunjungi negara itu, terutama ibu kota Muscat dan bandar Salalah,  anda akan terbuka minda  bahawa Oman sebenarnya unik dan berbeza dengan negara lain.

Keistimewaannya bukan kerana kaya dengan sumber minyak dan gas, sebaliknya kejayaannya mengimbangi nilai tradisi budaya Arab dan ajaran Islam dalam kemajuan negara yang mengamalkan dasar pemodenan dan keterbukaan.

Gunung ganangnya terbentang luas, hamparan gurun gersang, unta berkeliaran, wadi menghijau dengan tanaman pokok kurma, laut membiru dengan hasil perikanan lumayan, sungai jernih dan tinggalan sejarah nabi yang dijaga rapi.

Dari jauh juga kelihatan bangunan moden dan lama yang nampak sekata dengan warna sama iaitu putih dan warna tanah coklat lembut walaupun rumah itu rumah mewah kepunyaan golongan kaya raya.

Berikut adalah beberapa tempat lawatan yang menarik untuk dilawati di Muscat, Oman!

 

Masjid Besar Sultan Qaboos

Masjid Besar Sultan Qaboos di Muscat mungkin menjadi destinasi pelancongan utama di Muscat . Ia adalah masjid yang besar dan indah yang disiapkan pada tahun 2002. Ia terletak di pinggir bandar. Perlu diingat bahawa pelancong hanya dibenarkan masuk dari 9-11 pagi. Masjid Sultan Qaboos tersenarai didalam rekod dunia kerana didalam masjid terdapat karpet terbesar buatan tangan dan juga candilier terbesar di dunia. Candilier terletak di bahagian tempat solat lelaki.  Candilier tersebut terdapat 600,000 kristal Swarovski dan 24 karat emas yang mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan.

Istana Al Alam

Istana Al Alam adalah istana istana Sultan Qaboos dari Oman yang terletak di Muscat lama , Oman. “Al Alam” bermaksud “Bendera” dalam bahasa Arab. Istana ini merupakan salah satu daripada enam kediaman diraja. Direka dengan elegan, ia mempunyai banyak permukaan marmar. Bangunan-bangunan kerajaan di sekitar ini berwarna putih, dengan bumbung-bumbung yang unik dan balkoni kayu dalam gaya Oman tradisional.

Sultan Qaboos jarang tinggal di Istana Al Alam kerana dia lebih suka tempat kediamannya yang lain di Al Seeb atau Manah. Bagaimanapun, istana ini adalah yang paling banyak digunakan untuk menerima tetamu rasmi negara dan telah menjadi tuan rumah kepada Ratu England dan Ratu Belanda. Istana ini tidak terbuka kepada orang ramai, tetapi pelancong boleh berjalan di sekitar halaman dan taman-taman di hadapan istana pada bila-bila masa.

Matrah Souq – Pasar Tertua Di Dunia Arab

Mutrah Souq mungkin salah satu pasar tertua di Dunia Arab. Ia terletak  betul-betul di tengah-tengah Corniche di bandar lama bersebelahan dengan pelabuhan “Harbour of Muscat” dan telah menjadi pusat perdagangan yang besar di zaman pelayaran dahulu. Kedudukannya yang terletak secara strategik dalam perjalanan menuju ke India dan China menjadikan kawasan ini cukup terkenal dan maju sehingga hari ini. Sebagai pusat pasaran yang paling terkenal dan tertua di Oman, Mutrah Souq adalah kemuncak lawatan ke Muscat. Pasar Arab tradisional ini menjual pelbagai barangan karun Oman dan artifak India, barangan antik, tekstil dan wangian.

The Royal Opera House Muscat

Tempat ini dibangun pada masa kerajaan Sultan Qaboos yang mencerminkan seni bina khas Oman gaya kontemporari dan memiliki kapasiti yang dapat menampung maksimum 1000 orang. The Royal Opera House Muscat merupakan tempat lawatan pertama yang dapat anda kunjungi apabila datang ke Oman, Timur Tengah. Tempat yang merupakan tempat utama di Oman yang digunakan untuk dalam acara seni, musik, dan budaya.

Muzium Perancis, Oman

Muzium Perancis Oman adalah muzium warisan yang terletak di bekas kediaman Konsul Perancis. Ia adalah tempat istimewa yang mengumpulkan banyak dokumen, gambar dan lukisan yang menunjukkan hubungan diplomatik yang lama dan kuat di antara negara yang berbeza. Muzium ini memberi gambaran kepada kehidupan bersejarah di Oman. Ia adalah muzium tertua di Muscat (1896).

Kubu Al Jalali

Al Jalali Fort, atau Ash Sharqiya Fort, adalah sebuah kubu di pelabuhan Old Muscat, Oman. Kubu itu dibina oleh Kerajaan Portugis yang diperintahkan oleh Philip I dari Portugal pada tahun 1580-an untuk melindungi pelabuhan.

Wadi Bani Khalid (Oman’s desert Oasis)

Wadi Bani Khalid adalah salah satu tempat menarik di Oman. Kehijauan air sungai yang sangat menenangkan suasana, selain itu di wadi bani khalid penuhi dengan pokok kurma yang lagi mendamaikan kawasan itu.

Taman hijau Al Riyam terletak di ujung timur Muttrah Corniche dan memaparkan pemandangan pelabuhan yang menakjubkan dari pembakar kemenyan besar. Terletak dalam suasana yang indah, landskap unik taman ini menarik perhatian pelancong. Taman ini  terletak di semenanjung kecil .

Inilah antara keistimewaan Oman yang tidak terdapat di negara lain. Oman mempunyai kemudahan prasarana moden dan canggih, seperti lebuh raya besar tanpa tol, namun pada masa sama rakyatnya secara rela dan bangga mengekalkan nilai tradisi dan ajaran Islam.

FAKTA: Oman
• Ibu negara: Muscat.
• Sembilan Wilayah: Muscat, Al Dakhiliyah, Al Batinah, Al Wusta, Al Sharqiyah, Al Dhahirah, Musandam, Dhofar dan Al Buraimi.
• Ketua negara: Sultan Qaboos Said.
• Agama rasmi: Islam.
• Keluasan: 309,500 kilometer persegi.
• Jumlah penduduk: 3 juta.
• Bahasa Rasmi: Arab, bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.
• Mata Wang: Omani Rial(OR).
• Kadar Tukaran Asing: RM1 = OR10 atau AS$1 = 0.384OR.
• Industri Utama: Minyak, gas asli, pertanian dan perikanan.
• Rakyat asing: India dianggarkan 650,000 orang, Bangladesh (220,000 orang), Pakistan (150,000 orang), Sri Lanka (70,000 orang); Filipina (45,000 orang), Indonesia (20,000 orang).
• Rakyat Malaysia yang menetap di sana hanya sekitar 500 orang dan kebanyakan bekerja dalam bidang profesional dengan syarikat perkapalan dan petroleum.
• Iklim : Berbeza mengikut tempat, di kawasan pantai cuaca panas tetapi di kawasan pedalaman cuaca panas dan kering. Pada musim sejuk, suhu lazimnya 15 darjah Celsius, manakala musim panas suhu boleh mencecah sehingga 38

darjah Celsius di Muscat dan setinggi 54 darjah Celsius di padang pasir Waktu paling sesuai melawat Oman : Antara Oktober dan April (cuaca tidak terlalu panas)
• Lokasi tarikan pelancong: Tempat membeli-belah (Muttrah Souq, Nizwa Souq, Haffa Souq, Sinaw Souq); pusat beli-belah (Kompleks Al Araimi, Kompleks Al Harthy dan Plaza Al Khamis); muzium (Bait Adam, Bait Al Baranda, Bait Al Muzna, Bait Al Zubair; kubu (Al Hazm, Jabrin Khasab, Bahla).

Leave a Reply

Kategori

Arkib

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp