Syaza Travel & Tours Sdn Bhd
info@syazatravel.my03-4296-2019     016-383-0660 | 018-2788-464   
default-logo
Lokasi: Saudi
Harga: Ber4: RM6,390, Ber3: RM6,790, Ber2: RM7,090
Tempah Sekarang!

Pakej Umrah Ziarah Taif Musim Sejuk Januari & Febuari  2018 (Pakej Hotel Biasa)

Tarikh Penerbangan

  • Rabu 17/01/2018 - Ahad 28/01/2018 (12H/10M)
  • Rabu 31/01/2018 - Sabtu 10/02/2018 (12H/10M)
  • Khamis 15/02/2018 - Isnin 26/02/2018 (12H/10M)

Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)
    • Penerbangan Terus dari Kuala Lumpur ke Madinah/Jeddah
    • Penerbangan Pulang dari Jeddah/Madinah ke Kuala Lumpur
  • Penginapan (2,3 & 4 orang sebilik) di Makkah dan Madinah
    • Makanan dan minuman sebagaimana dalam jadual perjalanan
    • Makanan bercirikan citarasa masakan melayu [Lihat Menu Makanan]
    • Minuman tersedia 24 jam
    • Satu kali jamuan Nasi Arab di Mekah
    • Transfer Dan Lawatan Menggunakan Bas Persiaran Berhawa Dingin
    • Lawatan Di Mekah Dan Madinah Sebanyak Dua Kali Termasuk Hudaibiah
    • Perkhidmatan Menyambut Jemaah di Lapangan Terbang
    • Ketua Jemaah Dari Malaysia Dan Mutawif Tempatan Yang Berpengalaman
    • Mutawif Muslimah Di Madinah Untuk Lawatan Dalaman
    • Visa Umrah Serta Dokumentasi (Tanpa Urusan Cop Pengesahan)
    • Beg Bagasi Tarik
    • Beg Bimbit Tarik
    • Beg Sandang Untuk Dokumen
    • Beg Telekong Untuk Muslimah
    • Uncang Kasut
    • Buku Panduan Umrah dan Ziarah
    • Kursus Umrah di Malaysia

Cadangan Aturcara Perjalanan

HARI 01 KUALA LUMPUR-MADINAH

Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan umrah. Setibanya di Lapangan Terbang Madinah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan berlepas dengan menaiki bas ke Kota Madinah Al Munawarah. Tiba di Madinah jemaah terus dibawa check in di hotel yang disediakan.

HARI 02 MADINAH (B/L/D)

Jemaah dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi antaranya Makam Rasullullah serta Khalifah Abu Bakar dan Saydina Umar , Raudhah dan Medan Perkuburan Baqi. Untuk jemaah muslimat, ustazah tempatan akan mengelola dan mengetuai lawatan dalaman. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara masing – masing

HARI 03 MADINAH (B/L/D)

Dengan diiringi oleh mutawwif jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat dan Medan Perang Kandak dan berbelanja di Pasar Tamar. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara sendiri

HARI 04 MADINAH-MEKAH (B/L/D)

Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah sendiri

HARI 05 MEKAH (B/L/D)

Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas . Jemaah dinasihati memakai ihram dan berwuduk dari bilik hotel . Kemudian jemaah akan dibawa bermiqat ditempat miqat yang dinamakan Bir Ali. Selesai bermiqat , terus bertolak ke Mekah . Jemaah dinasihati untuk memperbanyakkan membaca Talbiah sepanjang perjalanan . Sampai di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel. Selepas itu jemaah akan diberitahu oleh Mutawwif untuk menyempurnakan ibadah umrah

HARI 06 MEKAH (B/L/D)

Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 07 MEKAH (B/L/D)

Jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Mekah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berpeluang untuk berniat umrah di Jaaranah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah

HARI 08 MEKAH (B/L/D)

Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 09 MEKAH (B/L/D)

Lawatan ke Pasar Ka’qiah  untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi) di mana jemaah berpeluang untuk berniat umrah di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan Umrah

HARI 10 MEKAH –TAIF – MEKAH (B/L/D)

Selepas solat Subuh dan sarapan, jemaah bersiap sedia di lobby Jemaah akan melakukan Tawaf Wadaq (Tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Taif , sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah . Perjalanan ke Taif akan mangambil masa kira-kira 2 1/2jam . Tiba di Taif melihat pemandangan di Hada / Menziarahi Masjid Abdullah Ibn Al Abbas / Kilang Air Mawar / Muzium Kebangsaan Taif / Empangan Air Hada / Gunung As-Shafa dan Pasar buah-buahan.
Makan tengahari di restoran tempatan , Habal Restaurant.
Petang para jemaah akan dibawa untuk mengambil miqat umrah di Qarnul Manazil dan seterusnya balik semula ke hotel di Mekah.

HARI 11 MEKAH-JEDDAH (B/L)

Jemaah akan melakukan Tawaf Wadaq (Tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur

HARI 12 KUALA LUMPUR

Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah

Nota: Semua aturcara/penerbangan/tarikh tertakluk pada pindaan semasa

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi
  • Cukai lapangan terbang
  • Pengangkutan di Makkah dan Madinah
  • Ziarah sekitar Makkah dan Madinah
  • Kursus Umrah
  • Khidmat Mutawwif yang berpengalaman
  • Mutawwif muslimat di Raudhah Madinah
  • Makanan dan minuman sebagaimana dalam jadual perjalanan
  • Visa Umrah
  • Ziarah Hudaibiah
  • Ziarah TAIF
  • Penginapan (2,3 & 4 orang sebilik) di Makkah dan Madinah
  • Cenderahati (beg tarik beroda, beg sandang, uncang kasut dan buku panduan umrah serta air zam-zam 5 liter)

Harga Pakej

BILIK BEREMPAT (BIASA)
RM6,390
Harga Adalah Untuk Seorang
Tiada Harga Diskaun Kanak-kanak Dibawah 11 Tahun 11 Bulan
Hanya RM500 Wang Tempahan
BILIK BERTIGA (BIASA)
RM6,790
Harga Adalah Untuk Seorang
Tiada Harga Diskaun Kanak-kanak Dibawah 11 Tahun 11 Bulan
Hanya RM500 Wang Tempahan
BILIK BERDUA (BIASA)
RM7,090
Harga Adalah Untuk Seorang
Tiada Harga Diskaun Kanak-kanak Dibawah 11 Tahun 11 Bulan
Hanya RM500 Wang Tempahan

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp