Syaza Travel & Tours Sdn Bhd
info@syazatravel.my03-4296-2019     016-383-0660 | 018-2788-464   
default-logo
Tempoh: Musim Haji 2018
Lokasi: Saudi Arabia
Harga: RM2,000
Tempah Sekarang!

UPAH HAJI

Upah haji bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. Upah haji ini harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu. Hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. Di antara sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain ialah;

1. Meninggal dunia.

Seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur. Ibadah hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.

2. Tidak mempunyai keupayaan fizikal.

Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh, tua dan sebagainya. Orang lelaki atau perempuan harus menjadi wakil kepada orang lain untuk menunaikan haji, tetapi mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu. Orang yang mengupah haji itu boleh tediri daripada orang yang hidup tetapi uzur atau warisnya bagi yang telah meninggal dunia.

Hikmah Upah Haji

1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.

2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.

3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.

Hanya RM2,000 Sahaja ( untuk satu nama ) untuk upah haji 2017

“PAHALA SEORANG ANAK YANG MENGERJAKAN UPAH HAJI UNTUK KEDUA ORANG TUANYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.”

  • Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibubapanya atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt).
  • Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji.
  • Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibubapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibubapanya serta disampaikan berita gembira kepada roh ibubapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan.

Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu.

Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd ada menyediakan perkhidmatan upah haji bagi ahli-ahli waris yang ingin menunaikan tanggungjawab mereka. Waris-waris Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan Upah Haji dan Umrah Haji bagi tahun Hijrah 1439 / Tahun Masihi 2018 dan PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.

Upah Haji dan Umrah ini dilaksanakan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman luas mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah Haji dari Malaysia atau yang bermaustautin di MEKAH AL-MUKARAMAH.

Sijil Perakuan perlaksanaan beserta hadiah iringan seperti;

  • Sejadah,
  • Serban / Tudung Kepala,
  • Minyak Attar
  • Air Zam Zam.

akan dipos ke alamat waris setelah selesai semua urusan dilaksanakan.

Juga apabila selesai melaksanakan upah haji & umrah haji, Satu Tahlil dan Kenduri Arwah untuk semua arwah2 yang diupah melalui mereka akan di ada di kediaman/penginapan Ustaz.

Untuk Badal Haji kami perlukan nama simati, no kad pengenalan dan nama ibu simati

Bayaran Pendahuluan RM500 semasa mendaftar dan baki bayaran sebelum bermulanya Musim Haji atau akan diberitahu kelak

Muat Turun Borang Upah Haji

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp