TAJ MAHAL LAMBANG KASIH SUCI DAN ABADI

Pakej Pengembaraan istimewa semasa cuti sekolah bulan May adalah Pakej Lawatan ke Taj Mahal . Kembalikan nostalgia cinta anda sambil berpergian umrah untuk mengeratkan hubungan cinta suci anda

TAJ MAHAL terletak di AGRA dan untuk menuju kekawasan TAJ MAHAL kenderaan menggunakan bateri digunakan. Kenderaan yang mengguna PETROL dilarang dari memasuki kawasan TAJ MAHAL atas dasar menjaga persekitaran daripada tercemar. Kawalan agak ketat ketika ingin memasuki pagar yang memisahkan TAJ MAHAL dengan dunia Luar.

Taj Mahal mempunyai empat menara dan empat kubah dibangunkan pada abab ke-16 oleh raja Shah Jehan atau nama sebenarnya Shahbuddin Mohamed Shah Jehan untuk memenuhi permintaan terakhir isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke-14..

Taj Mahal jika dilihat dari arah mana sekalipun akan nampak sama kerana simetrinya yang sempurna. Struktur 4 Menara yang dibina direka dengan teliti dimana sekira berlaku gempa bumi atau sesuatu gegaran dikawasan tersebut,struktur menara tersebut tidak akan jatuh ke arah TAJ MAHAL tetapi akan jatuh membelakangi TAJ MAHAL. Bahan binaan adalah marmar putih daripada 28 jenis batu seluruh dunia. Makam Mumtaz yang sebenar terletak jauh di bawah tanah bersama suaminya dan apa yang kami saksikan hanya replikanya.

Pembangunan Taj Mahal bermula pada 1633 dengan 20,000 pekerja selama 17 tahun membabitkan tukang batu, tukang emas dan pengukir terkenal dari seluruh dunia. Manakala bahan binaan dibawa dari seluruh asia menggunakan 1,000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjabi, jed dan hablur dari China, firus dari Tibet, lazuardi dari Afghanistan, nilam dari Sri Lanka dan camelian dari Arab.

Ayat Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni bina utama dibawa oleh jurukhat bernama Amanat Khan dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah surah 91, 112, 89, 93, 95, 94, 36, 81, 82, 84, 98, 67, 48, 77 dan 39.

Keunikan Taj Mahal adalah warnanya kerana ia bertukar pada waktu tertentu. Pada waktu subuh, marmar berwarna merah muda, pada waktu tengah hari, warnanya bertukar menjadi putih berkilat dan pada waktu petang, warnanya bertukar menjadi warna mutiara yang lembut.

Maharaja Shah Jehan ingin membina sebuah lagi menara seumpama TAJ MAHAL tetapi menggunakan marmar berwarna kehitaman. Tetapi impian tidak dapat dilaksanakan setelah Maharaja Shah Jehan dipenjara oleh anaknya sendiri.

Permandangan dari istana tempat shah jehan dipenjara dan menghembus nafas terakhir

Untuk memastikan TAJ MAHAL hanya satu-satunya didunia. Arktiek yang membina TAJ MAHAL ini iaitu Ustaz Ahmad Lauhari telah dipancung dan pekerja-pekerja yang membina TAJ MAHAL juga dipotong tangan.

Generasi yang membina TAJ MAHAL terutama orang parsi sehingga sekarang masih wujud lagi dengan majority bekerja sebagai pengukir batu marmar.(nak kenal pasti diaorang ini senang..pada Ibu jari diaorang kelihatan cacat disebabkan kerja-kerja mengukir batu marmar terlalu lama mengakibatkan jari mereka menjadi sebegitu).

Tips sekiranya ingin melancong disini

  • Jangan ikut suka hati makan tepi jalan atau minum diwarung-warung kecil.tahap kebersihan agak kotor. Member pernah kena sakit perut selepas minum sejenis minuman yang diperbuat dari susu..spoil percutian.
  • Sekira berjalan malam pastikan berteman agak merbahaya berjalan seorang diri.
  • Kalau beli barangan pastikan mintak kurang. Kalau berani mulakan dengan pengurangan sebanyak 80%

INFO BERGAMBAR SEKITAR ZIARAH TAJ MAHAL

4 jam lebih perjalanan dari Delhi ke Agra

Tiba sahaja di hadapan The Great Gate kelihatan ramai pelancong yang terutamanya orang India sendiri. Maklumlah tiket masuk untuk local cuma Rs20 berbanding dengan foreigner kene bayar Rs750.

Walkway becides the reflecting pool

Sebenarnya Taj Mahal tu daripada bahasa Parsi yang bermaksud”MAHKOTA ISTANA”. Ianya dibina bagi memperigati isterinya, Mumtaz Mahal yang sudah meninggal dunia. Taj Mahal merupakan “permata  orang Islam di india” dan merupakan salah satu daripada TUJUH KEAJAIBAN DUNIA. Arkiteknya menggabungkan element Turkey, Parsi dan India.

Taj Mahal in the reflecting pool

Inspirasi pembinaan Taj Mahal sebenarnya lahir setelah kematian isteri yang ketiganya iaitu Mumtaz Mahal yang meninggal ketika melahirkan anaknya yang ke-14,Gauhara Begum. Pembinaanya bermula pada tahun 1632. Setiap aspek pembinaan Taj Mahal ini mengilustrasikan cinta Shah Jahan yang menjadi pencetus inspirasi pembinaannya. Pembinaan Taj Mahal selesai pada tahun 1648, dan taman-taman sekelilingnya selesai dibina lima tahun kemudiannya.

The Great Gate yang menghadap Taj Mahal

Mughal Garden of Taj Mahal:-

Taman ini dibina seluas 300meter yang membahagikan  empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air marmar yang ditinggikan dibina ditengah-tengah taman, diseparuh perjalanan daripada Makam dan Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai ” al-khawd al-khawthar” yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” atau “tank of Abundance” di syurga yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad. Di sekeliling taman dihiasi dengan pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan  taman-taman syurga.

Pandangan dari arah Timur

Menara kecil di setiap penjuru itu dikenali sebagai “Herringbone”

Reflection of Taj Mahal

Shah Jahan pernah menghuraikan Taj mahal dalam ayat berikut:

“Should guilty seek asylum here

Like one pardoned, he becomes free from sin
Should a sinner make his way to this mansion
All his past sins are to be washed away
The sight of this mansion creates sorrowing sighs
And the sun and the moon shed tears from their eyes
In this world this edifice has been made
To display thereby the creator’s glory.”

Main “Iwan”, pintu gerbang yang diatasnya terdapat kubah besar

Antara surah-surah yang dipilih oleh Amanat Khan yang bertemakan “judgement” yang diukir pada dinding Taj mahal:-

Surah 36 – Ya Sin, Surah 39 – The Crowds Surah 48 – Victory, Surah 67 – Dominion, Surah 77 – Those Sent Forth, Surah 81 – The Folding Up, Surah 82 – The Cleaving Asunder, Surah 84 – The Rending Asunder, Surah 89 – Daybreak, Surah 91 – The Sun, Surah 93 – Morning Light, Surah 94 – The Solace, Surah 95 – The Fig, Surah 98 – The Evidence, Surah 112 – The Purity of Faith.

Menara

Taj Mahal dari pandangan belakang

Kubah kecil di atas menara

Taj Mahal dari pandangan Hadapan

Sejuk sangat dinding marmar ni.

Kekebalan Taj mahal!!

Menurut pemandu pelancong aku tu, tapak Taj Mahal dibina pada kedalaman TIGA meter di dalam tanah  menggunakan teknologi tahan gegaran seperti tapak KLCC juga. Perghh hebat lah teknologi zaman dulu,pemikiran jurutera zaman itu sudah menjangkaui zaman millenium. Kekuatan base Taj Mahal mampu mengelakkan monument ini daripada runtuh jika berlaku gempa bumi.

Taj Mahal juga mempunyai EMPAT MENARA di setiap penjuru iaitu dua di bahagian depan dan dua lagi di bahagian belakang. Setiap menara itu dicipta menggunakan teknologi tersendiri dimana sekiranya berlaku gempa bumi, maka menara tersebut akan jatuh menjauhi Taj mahal tanpa menghempap bangunan utama. Sebagai info tambahan, KUBAH KECIL yang terletak mengelilingi KUBAH BESAR mempunyai simbolik yang tersendiri seperti lambang kepada “Cinta, Kasih Sayang, Pengorbanan dan Kesetiaan”.

Kaligrafi ayat suci Al-Quran menghiasi dinding monument

Sungai Yamuna

Sungai ini adalah satu-satunya jalan untuk mengangkut batu-batu marmar dari tempat yang berdekatan yang jaraknya berkilometer semasa pembinaan Taj mahal ketika dahulu kerana menjimatkan masa dan tenaga.

Tapak pembinaan The Black Taj Mahal

Mengikut cerita pemandu pelancong kami, memang Shah Jahan ingin membina sabuah lagi Taj Mahal yang terletak di belakang Taj mahal yang sedia ada. Taj mahal itu dikenali sebagai The Black Taj Mahal kerana pembinaannya berasaskan batu marmar dan batu permata berwarna hitam. Tetapi malangnya anak Shah Jahan tidak membenarkannya kerana ayahandanya telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat banyak untuk membina Taj Mahal pertama kira-kira dalam Rs60 bilion Lakh. The Black Taj Mahal ini unik kerana pada waktu malam bulan mengambang, cahaya bulan yang terkena The Black Taj Mahal akan terpantul ke Taj Mahal Putih dan menjadikannya bersinar di waktu malam. Hermm bunyinya memang gempakkan tapi kalau siap dulu mesti besh kan.

Ramainya yang berkelah kat depan halaman tu.

Pengunjung tak putus-putus datang

Bermacam ragam manusia dapat dilihat kat sini, semuanya sebab nak tangkap gambar!

The Great Gate merupakan pintu masuk ke Taj Mahal

Taj Mahal pada abad ke-18
Gambar Taj Mahal kat atas tu diambl dalam tahun 1800. Kalau anda perhatikan betul-betul gambar itu , sebenarnya  di dinding Taj Mahal dihiasi dengan batu permata. Ianya dapat dilihat apabila terkena cahaya bulan purnama dimana Taj mahal akan kelihatan sedikit berkilau lantaran pantulan cahaya bulan pada batu permata. Malangnya hari ini semua batu permata itu telah tiada kerana telah dicuri oleh British semasa menjajah India.

Pelbagai batu permata dijual di sini tapi admin tak beli pun sebab tak berminat.

Berlian ni nampak ori tak??Uhu Kata pemilik kedai, the black diamond ni memang yang original. Aku pun dah lupa nama diamond ni apa.

Mahal seyh harga yang kecik macam ni pon dah Rs1800 ++.

Batu permata yang kecil-kecil ni harga dalam Rs1000-Rs2500. Harganya berdasarkan berat setiap permata yang ditimbang menggunakan penimbang khas

Sebilangan pekerja mempamerkan skill mengukir

Beberapa jenis batu yang digunakan untuk mengukir dinding Taj Mahal

Ukiran bermotifkan bunga mawar

Pening  tengok pasu nih sebab sangat colourful!

Beli-beli jangan tak beli stok masih banyak ni.

Lawa lol Taj Mahal kecik nih.

Ukiran pada marmar ini berunsurkan ukiran bunga-bungaan yang ada pada dinding Taj Mahal

2 Responses

Leave a Reply

Kategori

Arkib