Umrah Bersama Syaza Travel

Setiap orang islam mempunyai cita-cita atau azam untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah. Dengan pakej umrah yang disediakan oleh pihak Syaza Travel, anda berpeluang untuk menjadi tetamu Allah bersama-sama kami. Sebelum menunaikan umrah bersama Syaza Travel, para tetamu Allah akan diberikan kursus umrah yang dikendalikan sendiri oleh pengurus besar Syaza Travel iaitu Tuan Haji Mohd Amran. Taklimat tersebut merangkumi semua aspek termasuklah perjalanan, cara pemakaian umrah, cara melakukan ibadah umrah, tempat yang akan diziarah dan banyak lagi. Tidak lupa juga, sedikit cenderamata seperti travel bag, buku panduan umrah dan bermacam lagi.

Tiba pada hari perlepasan, para tetamu Allah akan berkumpul di KLIA sebelum berlepas. Urusan “check in” diuruskan sendiri oleh pihak Syaza Travel, dan jemaah hanya perlu menunggu sehingga selasai. Setelah selesai urusan “check in”, passport dan tiket penerbangan akan diserahkan kepada jemaah. Setelah selesai semua urusan pemulangan passport, maka bermulalah catatan seorang musafir yang dalam pejalanan ke tanah Suci Mekah dan Madinah.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Saudi mengambil masa hapir 8 jam. Setibanya di Madinah, para jemaah akan dijemput di lapangan terbang oleh mutawif yang berpengalaman dalam mengendalikan jemaah umrah Syaza Travel. Di madinah, para jemaah akan dibawa ziarah sekitar madinah. Terdapat 2 jenis ziarah iaitu ziarah dalaman dan juga ziarah luaran. Ziarah dimulakan dengan ziarah dalaman. Ziarah dalaman merangkumi masjid Nabawi, makam Nabi Muhammad S.A.W, Raudhah dan Maqam Baqi’. Ziarah luar pula merangkumi Masjid Quba, Masjid QIblatain,Jabal Uhud dan juga Ladang Kurma.

2013-06-05 07.08.39

bergambar di pintu utama Masjid Nabawi

Setelah selesai ziarah Madinah selama 2 malam, maka berakhirlah ziarah Madinah dan tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.. sebelum bertolak ke Mekah, para jemaah akan dibawa ke masjid Bir Ali untuk menunaikan solat sunat ihram dan disitu juga para jemaah memakai pakaian ihram. Setelah selesai beniat ihram, maka perjalanan pon diteruskan ke kota mekah. Ketika bermula perjalanan lagi talbiah mula kedengaran di kalangan jemaah menandakan lambaian tanah suci mekah kian menghampiri pandangan yang dinanti.

Setibanya di Mekah dan pengurusan daftar masuk hotel sudah dibuat, maka sudah tiba masanya untuk jemaah mendirikan umrah pertama yang diiringi oleh mutawif. Sayup kelihatan Masjidil Haram dan segerombolan manusia yang berpusu-pusu masuk kedalamnya membuatkan hati tidak sabar-sabar untuk memasukinya. Melalui pintu utama, perasaan mula bercampur baur apabila pertama kali melihat Kaabah yang menjadi kiblat utama seluruh umat islam didunia. Semua doa yang disimpan, diluahkan apabila kaabah tersergam didepan mata dan seolah-olah kita berada teramat dekat dengan maha pencipta. Dimulai dengan 7 pusingan tawaf, 7 pusingan saie dan diakhiri dengan memotong beberapa helaian rambut, maka selesai sudah umrah yang pertama. Segala penat lelah langsung tidak dirasai kerana berasa kenikmatan beribadah.

2013-03-30 07.43.02

Jabal Nur antara tempat yang dilawati.

Hari seterusnya dimulakan dengan ziarah disekitar mekah. Antara tempat yang dilawati ialah Jabal Rahmah, Jabal Nur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina dan Ladang Unta. Para jemaah juga boleh melakukan umrah lagi dengan berniat miqat di Masjid Jaranah dan jugak masjid Hudaibiah.

Sesungguhnya pengalaman menziarahi kota Suci Mekah dan Madinah ini memang tidak dapat diungkapkan lagi kenikmatannya. Marilah bersama-sama menanamkan azam dalam diri semoga kita dapat sampai kedua kota suci ini bersama-sama dengan Syaza Travel & Tours.

2013-03-30 08.15.29

gambar kenangan bersama jemaah di Jabal Rahmah.

3 Responses

Leave a Reply

Kategori

Arkib