bg

Untuk Upah Haji

CENDERAHATI

Sijil

Sejadah

Serban / Tudung Kepala

Minyak Attar

Air Zam Zam

fw-1

SIJIL & SEJADAH

Sekeping / Sehelai

fw-1

Serban / Tudung Kepala

Sehelai

fw-1

Air Zam Zam & Minyak Atar

1 liter / 12 ml

Badal atau Upah Haji

Upah haji bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. Upah haji ini harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu. Hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. Di antara sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain ialah;

1. Meninggal dunia.

Seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur. Ibadah hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.

2. Tidak mempunyai keupayaan fizikal.

Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh, tua dan sebagainya. Orang lelaki atau perempuan harus menjadi wakil kepada orang lain untuk menunaikan haji, tetapi mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu. Orang yang mengupah haji itu boleh tediri daripada orang yang hidup tetapi uzur atau warisnya bagi yang telah meninggal dunia.

Hikmah Upah Haji

1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.

2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.

3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.

Hanya RM2,000 Sahaja ( untuk satu nama ) untuk upah haji 2017

“PAHALA SEORANG ANAK YANG MENGERJAKAN UPAH HAJI UNTUK KEDUA ORANG TUANYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.”

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibubapanya atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt).
Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji.
Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibubapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibubapanya serta disampaikan berita gembira kepada roh ibubapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan.
Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu.

Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd ada menyediakan perkhidmatan upah haji bagi ahli-ahli waris yang ingin menunaikan tanggungjawab mereka. Waris-waris Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan Upah Haji dan Umrah Haji bagi tahun Hijrah 1439 / Tahun Masihi 2018 dan PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.

Upah Haji dan Umrah ini dilaksanakan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman luas mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah Haji dari Malaysia atau yang bermaustautin di MEKAH AL-MUKARAMAH.

Sijil Perakuan perlaksanaan beserta hadiah iringan seperti;

  • Sejadah,
  • Serban / Tudung Kepala,
  • Minyak Attar
  • Air Zam Zam 1 liter

akan dipos ke alamat waris setelah selesai semua urusan dilaksanakan.

Juga apabila selesai melaksanakan upah haji & umrah haji, Satu Tahlil dan Kenduri Arwah untuk semua arwah2 yang diupah melalui mereka akan di ada di kediaman/penginapan Ustaz.

Untuk Badal Haji kami perlukan nama simati, no kad pengenalan dan nama ibu simati

Bayaran Pendahuluan RM500 semasa mendaftar dan baki bayaran sebelum bermulanya Musim Haji atau akan diberitahu kelak

Catatan Terkait

Di manalah syurga kalau bukan di bawah tapak kaki seorang ibu. Apalah erti pengorbanan kalau bukan seorang ayah yang membanting tulang seharian demi mencari sesuap nasi. Sibuk menjamin kesejahteraan keluarga, mereka mengorbankan peluang mereka untuk berkunjung ke Tanah Suci. Segalanya demi mendahulukan perbelanjaan untuk anak-anak yang dikasihi. Apabila usia mereka sudah sampai ke waktu senja,...
Read More
Upah atau Badal Haji bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. Upah haji ini harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu. Hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. Di antara sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain ialah; Meninggal Dunia –...
Read More

Carian Catatan

Tempahan Umrah Online

Audio Pilihan

Video Pilihan

Papan Media

Testimoni

  • Pihak kami amat berpuas hati dengan setiap urusan dan perjalanan umrah kami bermula dari pendaftaran umrah sehinggalah kami selesai mengerjakannya dan selamat kembali ke tanahair.Ini adalah pengalaman pertama kami ke Tanah Suci dan Alhamdulillah dengan khidmat cemerlang yang disediakan oleh pihak Syaza. Overall memang kami sangat2 berpuas hati dan pastinya jika diberi kesempatan dan peluang untuk ke sana lagi kami takkan ragu2 untuk menggunakan khidmat Syaza Travel.

    Wan Mohd Naziran Wan Taib
    Umrah 29 Mei 2015
  • Salam Liena / Aini / Tuan Hj Amran & Hajjah,Saya & suami nak ucapkan byk terimakasih kpd Hajjah & Uztaz. Bersyukur sgt dpt menjlnkan ibadat umrah dgn mudah kerana pertolongan Allah serta dibantu oleh petugas-petugas Syaza. Kita doakan Syaza terus berkembang maju. Dan kalau ada rezeki boleh pergi umrah dgn Syaza lagi di masa hadapan.

    Rohani Ibrahim
    Umrah 12 Dis 2016
  • Salam Liena / Aini / Tuan Hj Amran & Hajjah,Salam Firah dan Zurin, Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih atas segala bantuan yang dihulurkan oleh pihak Syaza, terutamanya Firah sendiri, Tuan Haji dan Hajah, Zurin dan semua staf dan mutawif di Mekah dan Madinah. Secara keseluruhan, semuanya sangat memuaskan, Alhamdulillah. Saya doakan Syaza terus maju, insyaAllah

    Hj Yusuf
    Umrah 27 Aor 2017
  • Assalamualaikum wbt. Liena / Aini / Tuan Hj Amran & Hajjah,

    Terima kasih. I and the family enjoyed the recent umrah trip with the group.Chief Shahrein has been very helpful; tolong sampaikan salam terima kasih saya dan keluarga juga kepada beliau. InsyaAllah kita jumpa lagi di masa hadapan.

    Syed Rozhan Syed Hassan
    Umrah 01 Feb 2015
  • Alhamdullillah, kami selamat pergi dan pulang ke tanah air dan kami benar-benar selesa dan gembira mengerjakan Umrah dan Ziarah bersama Syaza Travel. Terima kasih diatas segala budi baik pihak Syaza. Semoga Allah memberkati dan memajukan lagi Syaza Travel.

    Sukri Muhamad
    Umrah 27 Apr 2017
  • Alhamdullilah, Syaza Travel did a very good job during my umrah journey recently. Almost every matters was well taken care by Syaza personnel, from departure until landed. I would like to thanks a lots to both of Syaza founder ( Hj Amran n Hjh Zarina ) which they were together with us during perform the umrah. I wish a best of luck to Syaza Travel with your serious efforts and sincere dedication, you were sure to succeed. Congratulations, well done. May you always keep up the good work and may Allah bless you always

    Yuzaidey Bin Abdullah
    Umrah 13 Jul 2014
  • Assalamualaikum pn hjh.apa kbr?lupa nk ucap jutaan trima kaseh sbb byk tlg kmi dlm trip syaza 14-25hb baru2 ni.mmg the bestla..sempat msj fiza je aritu.bsyukur sgt dtemukn dgn travel agensi syaza yg sgt baik,service tbaik.semoga Allah melimpahkn kemualiaan dan rahmat pda sluruh ahli n kluarga syaza travel.amenn??

    Asniati Binti Hamide
    Umrah 14 Dis 2017
  • Alhamdulillah dan syukur kepada Syaza Travel, mutawif Ustaz Sani, Ustaz Amran, Ustaz Amir, Ustaz Ramzi…
    Terima kasih kpd syaza and the team yg sangat komited dan ikhlas menjaga kebajikan jemaah. Semoga Allah rahmati kalian dan jemaah 14/2017 di dunia dan akhirat.
    Semoga kita dijemput lagi menjadi tetamu Allah.
    Maaf kekurangan kami ketika bersama….tqvm

    Mohd Said Bin Embong
    Umrah 14 Dis 2017
  • Syukur selamat sampai ke Malaysia selepas melalui misi ibadah dan penyucian jiwa di Madinah dan Mekah. Jutaan terima kasih kepada Ust Azhar dan Syaza Travel Sdn Bhd, serta rakan2 umrah. Semoga Allah menerima segala ibadah dan doa kita, mohon maaf jika ada salah silap. Jika ada apa2 majlis kesyukuran selepas ini, sudilah menjemput untuk terus bersilaturrahim. T.kasih semua, wassalamualaikum wrt. wbt.

    Wan Nudri
    Umrah 7 Dis 2017
  • Terima kasih kpd ustaz azhar, ustaz zaki n pengurusan syaza kerana memberi perkhidmatan terbaik utk kami semua. semoga Allah membalas dgn ganjaran pahala dan doa kami dan ibadat disana di makbul oleh Allah Inshaalah

    Yusri
    Umrah 7 Dis 2017
  • Alhamdulillah… Allah permudahkn urusan kita… semua ni adalah ats kerjasama pihak syarikat syaza yg sgt byk mmbantu saya… dan merupakan satu2nye syarikat yg prnah saya sertai mudah berurusan dan menjaga kpntingan jemaah…. pihak pngurusan syaza hj imran dan hjh zarina memg terbaik…. dibantu juga hj hamde dan hj ramzee serta jemaah semua yg sgt memahami… ini membuatkan kita boleh kekal mnjadi satu kluarga….
    1425 ???

    Ustaz Sani
    Umrah 14 Dis 2017
  • Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kpd pengurusan Syaza Travel yang memberikan pengurusan terbaik..mutawwif ust sani yg banyak membantu dan membimbing jemaah..para jemaah yang sporting dan memberi kerjasama yg baik..mudah mudahan umrah kita diterima oleh allah..dan dijemput lagi menjadi tetamunya..saya mohon ampun maaf jika ada salah dan silap sepanjang perjalanan umrah kita 14-25 dis..
    Moga ikatan ukhwah terus berkekalan..amin

    Ustaz Amir
    Umrah 14 Dis 2017
  • Assalamualaikum tn Hj, terimakasih dan tahniah pada pengurusan jemaah umrah syarikat tuan haji. Alhamdulillah semuanya lancar dan perkhidmatan yg baik termasuk perkhidmatan mutawwif. Small hiccups tu biasa la, mana2 pun ada. Teruskan tn haji, moga diberkati AlLah SWT

    Mohd Effendy Bin Mat Aris
    Umrah 31 Jan 2018

Newsletter

Majalah, Blog, Tips, Maklumat dan Berita terbaru untuk Umrah dan Pelancongan. Usah terlambat untuk melangganinya.

Tempahan Hotel Online

Tempah Hotel anda di Makkah the Madinah dalam talian. Tiada kos tempahan. Harga hebat. Baca Ulasan Tetamu Sahaja · Dapatkan Pengesahan Segera · Jaminan Harga Terbaik

Booking.com

Kami menawarkan perkhidmatan umrah, Ground Arrangement di Tanah Suci, upah haji, tempahan tiket dan juga Hotel. Pakej Umrah VIP dan Umrah Customize juga ditawarkan kepada jemaah yang mempunyai pilihan khusus.

Video Terbaru

/Lihat Lagi