Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Tempat-tempat Bersejarah di Mekah & Madinah

  • LAWATAN MADINAH

  • LAWATAN MEKAH

MASJID NABAWI

Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling utama bagi umat islam setelah Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Aqsa di Jerusalem. Masjed Nabawi telah dibangunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622 Masihi. Di sinilah letaknya makam Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Keutamaannya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.’Solat di masjidku ini lebih baik daripada seribu solat di masjid yang lain,kecuali di Masjid al-Haram.’ Beliau juga bersabda, ‘siapa yang mengerjakan solat di masjidku 40 kali solat fardhu,tidak kurang satu solat pun,maka ia terbebas dari neraka,bebas daripada azab dan bebas daripada kemunafikan.’ Sabda baginda lagi, ‘jangan bersusah payah akan perjalanan,kecuali ke tiga masjid,Masjid al-Haram,masjidku ini dan Masjid al-Aqsa.

Berdasarkan hadis-hadis tersebut,Masjid Nabawi yang terletak di Kota Madinah selalu dikunjungi oleh umat Islam yang melaksanakan ibadah haji atau ibadaj umrah sebagai amalan sunat.

MASJID QUBA

Masjid Quba(atau Masjid al-Quba’) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam dan merupakan antara masjid tertua di Arab Saudi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dalam perjalanan berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Pada ketika itula,inilah satu-satunya masjid yang ada untuk baginda s.a.w beribadah kepada Allah s.w.t.

Berdasarkan fakta pembinaannya,masjid ini telah disebut oleh Alah s.w.t di dalam Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108 dan 109) sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah,Rasulullah s.a.w telah singgah di Quba selama 4 hari. Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu,kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar itulah maka masjid Quba telah dibangunkan atas dasar Taqwa baginda kepada Allah s.w.t. Semasa hayatnya,Nabi Muhammad s.a.w kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a ‘sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi: ‘sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah.

MASJID QIBLATAIN

Masjid Qiblatain terletak di sebelah barat daya Madinah. Pada awalnya masjid ini dikenali sebagai Masjid Bani Salamah. Pada permulaan Islam,orang melakukan solat dengan menghadap kiblat kea rah Bait al-Maqdis di Jerusalem. Pada tahun ke dua Hijrah bulan Rejab,sewaktu Rasulullah s.a.w sedang bersolat zohor di Masjid Bani Salamah ini,tiba-tiba turunlah wahyu surah al-Baqarah ayat 144.

Dalam solat zohor tersebut pada mulanya Rasulullah s.a.w menghadap kea rah Masjid al-Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut,beliau menghentikan sementara,kemudian meneruskan solat dengan menghadap ke Masjid al-Haram. Dengan terjadinya peristiwa tersebut maka akhirnya masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain yang bererti Majid Dua Kiblat. Oleh itu,masjid ini mempu menampung 2000 orang jemaah yang hendak menunaikan solat.

JABAL UHUD

Jabal Uhud adalah nama sebuah bukit terbesar di Madinah. Letaknya lebih kurang 5km dari pusat Kota Madinah,berada di punggir jalan lama Madinah-Makkah. Jabal Uhud adalah sekelompok gunung yang ada di Kota Madinah dan tidak bersambungan dengan gunung-gunung yang lain di mana pada umumnya gunung-gunung di Madinah ini adalah sambung menyambung,kerana itulah disebut Jabal Uhud yang bererti gunung menyendiri.

Di Jabal Uhud ini juga terjadinya Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara Islam dengan tentera kafir Quraisy. Jabal Uhud telah menjadi saksi kepada satu peperangan yang tidak kurang pentingnya dari Badar al-Kubra,bahkan Uhud telah menjadi saksi tumpahnya darah 70 orang syuhada’. Dengan peristiwa Uhud,Allah menganugerahkan pahala kesabaran bagi Junjungan s.a.w. dan umatnya. Kekalahan tentera Islam ditangan orang-orang musyrik bukanlah ukuran kejeyaan hakiki di akhirat nanti. Hakikatnya di medan Uhud,umat Islam tidak kalah. Islam terus berkembang di Madinah.

HIRA

Nabi Muhammah s.a.w dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliah. Keadaan ini sungguh menyedihkan hatinya sehingga baginda kerap ke Gua Hira yang terletak di atas bukit yang dikenali sebagai Jabal An Nur di Mekah. Pada suatu malam,ketika baginda sedang bertakafur di Gua Hira,Malaikat Jibrail datang menemui Baginda s.a.w. Kedatangan Jibrail benar-benar mengejutkan baginda. Jibrail a.s kemudiannya menyampaikan wahyu Allah di telinganya.

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu baginda baru sahaja berusia 40 tahun. Wahyu itu diturunkan kepada baginda dari semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w dan dikumpulkan dalam buku bernama Mashaf yang juga dinamakan Al-Quran.

KAABAH

Kaabah,yabg merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjid al-Haram di Makkah.Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi oleh setiap orang Islam yang mengerjakan haji dan umrah. Pembinaan pertama kaabah dilakukan oleh Nabi Adam a.s Allah s.w.t menyatakan dalam Al-Quran,Kaabah merupakan rumah Allah yang pertama dibina. Selepas itu,Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s. adalah seperti berikut: ‘dinding Timur adakah 48 kaki dan 6 inci’ Dinding Hitam adalah 33 kaki’ Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki’ Dinding Barat adalah 46.5 kaki. Selepas satu banjir kilat,Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara antara empat puak Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Peristiwa ini berlaku sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.

 


Leave a Reply

Arkib

Kategori

Catatan Terkini

Pakej Umrah Musim Sejuk 2019
October 14, 2018
Upah Haji atau Badal Haji
August 9, 2018
Pakej Umrah Oktober, November dan Disember 2018
July 19, 2018