Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Pakej Umrah Musim Sejuk November dan Disember 2018

Taif Kota Insan-insan Beriman

Tahukah anda…

Rasulullah SAW pernah dibaling batu ketika Baginda berkunjung ke Kota Taif bersama sahabatnya Zaid bin Harithah? Namun, kini Kota Taif didiami oleh insan-insan yang beriman dan beramal soleh. Terdapat pelbagai lokasi yang kaya dengan sejarah Islam di Kota Taif. Segalanya menanti anda di sana!

Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac.

Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius.

Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan.

Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2018

Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah;

  1. Umrah Biasa
    Umrah jenis biasa adalah sama seperti lain-lain umrah biasa didalam musim-musim lain seperti jenis hotel penginapan dan perkhidmatan lainnya. Perincian perihal pakej ini ada didalam laman web ini.
  2. Umrah Ziarah Taif (Hotel 5* Anjum)
    Umrah Ziarah Kota Taif merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif . Disamping itu pakej ini agak berprestej dimana hotel penginapan di Mekah adalah bertaraf lima bintang dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 50m sahaja.
  3. Umrah Ziarah Taif Biasa
    Umrah Ziarah Kota Taif Biasa merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif tetapi dengan jenis hotel penginapan biasa dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 450m.

Sertailah pakej Umrah Ziarah Taif bersama Syaza Travel & Tours untuk bulan Mac-April 2018!

Pakej Eksklusif Umrah Ziarah Taif Bertaraf 5 Bintang Hotel Anjum kami yang serba berpatutan, serendah RM 7,390*! termask 5% VAT

 

30 Responses
  1. zubaidah bt hassan

    Assalamualaikum.

    Saya Pn Zubaidah dari segamat Johor.
    Kami sekuarga dalam 7 atau 8 orang bercadang utk mengerjakan umrah dalam bulan disember 2014 ni.
    Saya inginkan penerbangan terus ke madinah kerana akan membawa bersama ibu yang berumur 86th yang berkerusi roda.
    Saya ingin mendapatkan penerangan lanjut tentang pakage ini
    Sekian terima kasih

      1. Zuraini

        Salam. Kami 11 orang termasuk 2 warga emas ingin mengerjakan umrah pada 17/12/2014 @ 12 @13 hari. Perlukan fight terus ke Madinah & penginapan hotel di mekah dalam lingkungan 50m. Boleh confirmkan harga pakej bagi bilik ber 5 / 4.

  2. Assalamualaikum
    Kami 6 sekeluarga dari Penang (4 dewasa, 2 kanak-kanak 9 & 12 tahun). Nak tanya .. harga utk kanak2 mcm mana ye? Flight Flynas ni dari KLIA ke? Berapa seat reserve untuk Umrah bulan Dec 2014.

  3. Farah 한나 Hannah

    Assalam.
    – Boleh kasi coordinate gps lokasi hotel2 yg akan diduduki atau peta menunjukan kedudukan hotel dan jarak ke masjid.
    – Berapa harga pakej umrah disember 2014 ni utk bilik berdua?

    1. admin

      Walaikum Salam. Buat masa ini kesemua penerbangan dalam bulan Disember adalah menggunakan Flynas disebabkan penerbangan terus ke Madinah ( sebahagian akan transit di Jeddah ).

    1. Noraini Abdul Wahab

      Wasalam En Musa,untuk makluman en tarikh umrah 4 dec 2014 sudah penuh.Tarikh lain yang hampir iaitu 6 Dec 2014 dan harga untuk bilik berdua iaitu RM6,790/person.

  4. Zuraida Ku Zaifah

    Salam, saya bercadang nak pergi pada penghujung tahun ini, bilakah tarikh akhir utk booking…utk 5 orang. Boleh saya tahu jarak hotel ke masjid di Makkah? terima kasih.

    1. Noraini Abdul Wahab

      Wasalam Puan Zuraida,untuk makluman puan, booking tarikh umrah iaitu 45 hari sebelum atau lebih awal oleh kerana seat adalah terhad.Hotel yang akan digunakan di Makkah adalah Dallah Barakah Mawaddah (atau setaraf) yang terletak di Ajyad Al Sud Street, berdekatan hotel Le Meridian Makkah iaitu kira-kira 5 minit perjalanan. Untuk maklumat lanjut sila layari https://syazatravel.blog/hotel-mekah/.

  5. azman

    Salam Tuan/Puan,
    Masih berapa kekosongan untuk bilik berdua pada 4/12/16?
    Kenapa bila buka link hotel tiada keterangan berkaitan hotel tersebut.

    1. admin

      Wasalam. Masih ada beberapa bilik berdua yang tinggal. Sila buat tempahan awal. Minta maaf link tersebut bertukar permalink dan telah dibaiki. Terima kasih kerana memberitahu kepada kami untuk pembetulan.

Leave a Reply

Arkib

Kategori

Catatan Terkini

Pakej Umrah Musim Sejuk 2019
October 14, 2018
Upah Haji atau Badal Haji
August 9, 2018
Pakej Umrah Oktober, November dan Disember 2018
July 19, 2018