Khidmat Mutawif Wanita di Raudah

Perkhidmatan istimewa kami kepada para jemaah wanita yang mungkin tidak terdapat didalam pakej sebahagian agensi lain adalah khidmat Mutawif wanita di Raudah ( mutawif pengiring sepanjang perjalan umrah merupakan lelaki yang tidak dibenarkan masuk ke kawasan Raudah Wanita) .

Umum tahu untuk memasuki kawasan ini yang digelar sebagai “Taman Syurga” adalah sukar dengan ramainya jemaah dari pelusuk dunia yang berebut-rebut memasuki kawasan yang kecil serta perlu mengikut jadual tertentu. Dengan keadaan fizikal rata-rata orang Malaysia yang kecil serta sikap kita yang bersopan santun telah dieksploitasi oleh jemaah dari negara lain yang susuk tubuh mereka jauh lebih besar ditambah dengan sikap mereka yang agresif akan menolak kita kebelakang didalam situsi yang gamat dan merbahaya. Justeru itu pihak kami membuat keputusan yang praktikal untuk memudahkan para jemaah tidak ditinggalkan kesaorangan mengambil resiko tersebut dengan menggunakan khidmat Ustazah Marwah ( memakai abaya hitam ) menjadi mutawif kami di Madinah untuk mengelola jemaah muslimat memasuki Raudah, Makam Rasul dan Perkuburan Baqi. Kepakaran beliau mengintai peluang terbaik memasuki kawasan tersebut memudahkan jemaah muslimat untuk dapat peluang bersolat dan berdoa di Raudah terutamanya yang pertama kali sampai.

Leave a Reply

Kategori

Arkib