Mematuhi  arahan daripada Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Arab Saudi untuk mengelakkan daripada dijangkati Penyakit Mers-Cov kepada para jemaah umrah, pihak Syaza Travel & Tours Sdn Bhd telah membatalkan lawatan ke ladang unta. Sebagai gantian pihak kami akan membawa para jemaah ke sebuah pasar menjual barangan keperluan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Disini juga dijual berbagai jenis buah kurma serta manisan lain yang dijual dengan harga borong. Pasar yang dikenali sebagai Pasar Kaqkiah berdekatan dengan pusat penyembelihan ternakan untuk tujuan korban dan membayar Dam. Pasar Induk Buah Ka’kiyah, berjarak 20 kilometer dari kota Makkah. Di pasar yang letaknya dekat dengan pasar haiwan Ka’kiyah itu tersedia aneka jenis kurma, jumlahnya mencapai sekitar 740 jenis. Harga kurma di pasar ini terbilang lebih murah dibandingkan di pasar-pasar lainnya di Kota Makkah. Kurma Ajwa atau Kurma Rasulullah SAW adalah yang terbaik dan paling mahal harganya dan merupakan jenis yang paling dicari jamaah haji dari berbagai negara. Jadi bukan saja Kak Kiah seronok berbelanja tapi semua jemaah juga akan suka untuk membeli belah disini yang rata-rata buah-buahannya yang segar dan ranum.

Leave a Reply

Kategori

Arkib