Terminal Haji Mekah

Urusan tiba atau pulang melalui Terminal Haji di Jeddah amat mencabar lagi sulit terutamanya bagi jemaah yang baru atau sudah berumur. Ini kerana semua petugas yang berada di Mekah dan Jeddah dilarang memasuki Terminal Lapangan Terbang Haji Jeddah untuk semua jenis urusan kecuali para jemaah sahaja atau individu yang mempunyai kebenaran khas seperti petugas lapangan terbang.

Video Terminal Haji

Kebanyakkan kes jemaah terpaksa menguruskan sendiri air zam-zam, urusan check-in barang dll. Ada yang sampai tertinggal pesawat. Pihak Syaza Travel & Tours jugak tidak terkecuali daripada terkena tempias kekalutan urusan tersebut tetapi pihak kami telah mengambil tindakan proaktif dengan mengirim Petugas Pengiring dari Malaysia yang terlatih untuk menghadapi apa juga situasi dan karenah biokrasi di lapangan terbang demi menjamin keselesaan para jemaah. Fuhh hati kita betul-betul diuji  akan kesabarannya….

Back to Featured Posts

1 Response
  1. Lieya

    Huh, mmg btl2 mencabar….saya la salah seorang Group Leader Syaza 🙂

    Tp, x ada kesusahan, xde la kenangan…hehehe

Leave a Reply

Kategori

Arkib