Umrah Disember 2016 dijangka bermula pada hujung bulan November 2018 ini.  Ramai para jemaah akan mengikuti program perjalanan umrah yang akan berlangsung dalam keadaan cuaca cukup sejuk sehingga kadangkala mencapai suhu dibawah 10°c pada waktu malam dan dalam purata 20°c pada siang hari.

Keperluan yang perlu disediakan semasa menghadapi musim sejuk adalah  seperti berikut;

  1. Tuala ehram perlu dari jenis yang lebih tebal daripada biasa
  2. Baju sejuk atau jaket (tetapi bukan jenis yang dipakai untuk musim salji)
  3. Digalakkan memakai baju-T didalam jubah atau abaya untuk menghangatkan tubuh semasa memakai ehram (untuk wanita) atau berziarah disamping jaket disebelah luar.
  4. Sarung tangan dan stokin kaki. Untuk memudahkan mengambil wuduk pilihlah dari jenis mudah wuduk.
  5. Pengambilan suplimen Vit C tambahan adalah digalakkan untuk menguatkan daya tahan tubuh menghadapi virus selsema dan batuk yang mudah berjangkit dimusim sejuk (sila rujuk kepada doktor dahulu kepada jemaah yang mempunyai masalah kesihatan). Pilihlah dari jenis “tanpa asid” 500mg – 1000mg untuk mengelakan ketidakselesaan perut. Jika tidak suka dengan pengambilan suplimen boleh juga diamalkan meminum jus asli yang banyak mengandungi vit C seperti jus oren, mangga, strawberry dan lain-lain yang banyak terdapat di merata kedai disana.
  6. Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan sering membasuh tangan. Gunakan sabun antiseptik atau hand sanitizer untuk mengelakkan jangkitan kuman merbahaya seperti MERS-CoV yang sedang melanda negara di Timur Tengah. Semasa didalam Ehram, wajib menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-Hajj.
  7. Disebabkan humiditi yang kering, sering terjadinya bibir dan tumit pecah (mungkin banyak berjalan atau melakukan ibadah umrah). Digalakkan menggunakan glos bibir dan balm tumit untuk mengatasi masalah tersebut. Semasa ehram diwajibkan menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-hajj.
  8. Bawa kaca mata gelap untuk melindungi mata dari sinaran matahari yang kuat dan menyilaukan kerana kurangnya terdapat awan yang menapisi cahaya matahari.
  9. Sentiasa menakai mask hidung jenis biasa atau NOSK untuk mengelakkan habuk atau penyebaran kuman atau virus.
  10. Banyak berdoa meminta Allah memelihara kesehatan dan keselamatan diri, ahli keluarga dan jemaah semua.

Sebahagian daripada barangan keperluan di atas boleh dibeli atau dipesan dari Galeri Hijranisa di HIJRANISA.COM

1 Response

Leave a Reply

Kategori

Arkib