03-4296-2019 | 016-383-0660 info@syazatravel.com.my
03-4296-2019 | 016-383-0660 info@syazatravel.com.my

KOTA TAIF – ‘Bandar Bunga Ros’

Pernahkah anda melihat bagaimana 10,000 kelopak bunga ros diproses untuk menghasilkan produk wangian yang bermutu tinggi? Ianya diproses secara tradisional dan turut digunakan untuk Kelambu Kaabah. Minyak wangi ini turut dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Sekarang, anda boleh dapatkan sendiri minyak wangi bermutu tinggi ini secara terus di ‘Bandar Bunga Ros’, iaitu Kota Taif.
Bukan sekadar fakta, tetapi banyak lagi yang anda boleh alami sendiri di Kota Taif, sebuah destinasi yang menakjubkan!

Bandar Taif merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi dimana disinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan tumbuh segar. Terdpat lebih dari 80 jenis teh yang terdapat disini utk diminum dan beribu-ribu kuntum bunga ros pink untuk dijadikan minyak wangi. Di sini terkenal dengan kawasan pemprosesan minyak wangi ros pink. Selain itu, terlalu banyak kawasan2 sejarah yang terdapat disini.Taif terletak kira-kira 80 kilometer di tenggara Mekah dan berada pada sekitar 1, 800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya di Lembah Asin dan al Hada. Pada musim panas lokasi ini menjadi tempat bersantai dan percutian para kenamaan dan kerabat di raja Arab Saudi. Ia menjadi destinasi percutian popular domestik dan antarabanga.

Kira-kira 1,400 tahun lalu, Taif telah mencatatkan episod duka terhadap usaha dakwah Nabi Muhamad (SAW) apabila Baginda dan sahabatnya Zaid bin Harithah menerima layanan buruk apabila berkunjung ke kota ini dari Mekah. Bukan sahaja usaha dakwah Baginda ditolak, malah Baginda telah dihina dan disakiti iaitu dilontar dengan batu oleh penduduk Taif sehingga cedera.

Sifat tenang, sabar, penyayang serta al Dilalah (futuristik) yang dimiliki baginda jelas terhasil lebih seribu tahun kemudian. Bumi Taif kini dihuni waris daripada generasi yang pernah menzalimi dan menyakiti Baginda. Bukan diukur kepada pembangunan fizikalnya pada masa ini namun lebih daripada itu ialah lahirnya insan-insan yang beriman sebagai penduduk Taif.

Untuk sampai ke Taif, ada beberapa jalan masuk samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan selepas itu. Perjalanan akan melalui lebuhraya  yang lebar dan besar. Sepanjang lebuhraya ada disediakan tempat-tempat khusus bagi yang ingin berhenti di sisi lebuhraya untuk bersantai sejenak sambil menikmati pemandangan hamparan  bukit batu dari atas. Anda boleh merakam keindahannya pemandangan jejak alam ini melalui kamera.


Yang cukup istimewa dan unik adalah monyet-monyet yang kelihatan di sisi jalanan sepanjang lereng-lereng bukit. Di salah satu kawasan kelihatan monyet-monyet ini bebas berkeliaran dan akan datang kepada kenderaan  yang berhenti, yang mungkin menanti makanan yang akan dilemparkan ke arah mereka.

Taif merupakan tempat menghasilkan cairan pewangi diperbuat daripada bunga ros. Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi. Cairan pewangi yang dihasilkan secara kaedah tradisional di sini mendapat pasaran meluas dan dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Thaif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah.

Lembah al Hada, al Shifa dan al Dehia adalah kawasan tanaman bunga ros terbesar di Taif. Di sini juga terletak ladang buah-buahan seperti anggur, aprikot, delima, tin, tembikai, strawberi dan pelbagai lagi.

Bunga ros yang sudah sedia dipetik

Kebun Bunga
Kebun Buah-buahan
Air mawar Thaif yang tersohor di serata dunia
 
Banyak terdapatnya empangan bersejarah di Taif seperti Empangan Ekrima dan Empangan Sisad yg terletak dalam kawasan ‘Taif National Park”. Ianya telah  dibina semasa zaman pemerintahan Umayyah. Namun sungai yang terdapat di luar taman ini masih mengalir laju. Banyak ikan melompat, dan banyak sayur selada air digigi air.

Empangan Sisad yang sudah kering di Taif

Istana Shubra merupakan di antara ikon tumpuan di sini. Bercirikan senibina Islam dan Rom, bangunan empat tingkat ini mula digunakan pada tahun 1904. Pernah didiami oleh Raja Abdul Aziz sebagai istana baginda pada musim panas. Bangunan ini juga pernah menjadi ibu pejabat Kementerian Pertahanan Arab Saudi. Kini ia merupakan sebuah muzium yang menyimpan khazanan sejarah Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif.

Masjid Abdullah Ibn Abbas, makamnya tidak jauh dari masjid ini. Beliau merupakan sahabat yang diberi tanggungjawab memimpin dan mengetuai kerajaan Baginda pada awal perkembangan Islam dahulu. Beliau terus duduk di sini membimbing penduduk Taif hinggalah kewafatannya.
Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku. Dikatakan Baginda pernah singgah berehat serta berdoa dan bermunajat di masjid ini. Masjid berstruktur batu ini bersaiz lebih kecil daripada kebanyakan surau di Malaysia dan kini tidak digunakan lagi. Apabila Baginda tiba di sini, di katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut untuk di gelincirkan atau di golekkan ke arah Baginda, namun di katakan batu tersebut tersekat di situ .
Ziarah Taif 12
.
Keadaan didalam masjid tempat Rasullah bersandar kerana kesakitan. Sungguh pilu mengenngkanya peristiwa itu yang kita seakan-akan benar-benar merasakan situasi tersebut.
Ini adalah salah satu Masjid berdekatan dengan the Prophet Garden dikenali sebagai masjid Madhoun. Masjid ini dah tak di gunakan  kerana masjid ini di bina selepas masa Rasullulah SAW . Ianya di bina menara yang tinggi dan muazzin akan melaungkan Azan dari menara ini untuk memanggil para petani dan penduduk di sekitar untuk mengerjakan solat .
 
Masjid Qantara , tempat Saidina Ali membantu rasulullah ketika perang menakluk Taif
Makan tengahari disebuah restoran yang merupakan muzium lama yang mempamerkan deretan kereta-kereta antik. Menu utama yang dihidangkan merupakan Nasi Mandy kambing dan ayam yang sangat lazat  dengan pudingnya yang super sedap.
Dan seterusnya Jemaah akan melawat ke Gunung Ashafa yang bertempat di satu daerah yang yang popular di Taif dengan mempunyai ketinggian lebih daripada 2000m daripada aras laut .Iklim yang sejuk memungkinkan perkebunan buah-buahan tumbuh subur di kawasan ini. Thaif merupakan pusatnya anggur dan apel.
 
Jalanan menuju Shafa juga tergolong lebar dan besar. Pemandangan sepanjang kiri kanan jalan adalah perbukitan hijau dengan lembah-lembahnya yang landai. Sangat kontras dengan suasana Negeri Gurun yang umumnya didominasi padang pasir bersemu warna coklat.
Kesempatan singgah untuk membeli belah di pasar buah-buahan di Pusat Bandar Ashafa’  sangat mengasyikkan.  Deretan gerai buah-buahan segar yang baru dipetik dari ladang membuat kita rambang mata memilihnya. Kota Mekah mendapat bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran dari sini yang dihantar setiap hari.
Pasar Segar Taif ….
 

Dari Shafa, kita boleh terus  menuju Al Hada atau Taif. Sebelum meninggalkan kawasan Thaif dan Al Hada ini, jangan lupa berbelanja buah-buahan segar. Singgahlah ke sebuah lapak menjual buah-buahan yang cukup besar dan ramai. Tempatnya pasti ditempuhi dalam laluan perjalanan pulang.
Ziarah Taif 36
Keadaan gunung yang perlu dilalui untuk ke Mekah dari Al Hada , memang cantik dan canggih jalan melalui lereng lereng gunung ini.
Tempat miqat bagi penduduk Taif ialah di Qarnul-Manazil. Miqat ini juga ialah tempat miqat bagi penduduk Malaysia yang datang dari tanahair ketika hendak menunaikan haji atau umrah. Ia lebih kurang sejam sebelum sampai ke Jeddah menaiki kapal terbang.Selesai bermiqat terus bertalbiah sepanjang perjalanan ke Mekah. perjalanan dari Taif ke Mekah mengambil masa kira-kira 2 jam.
 

Nikmatilah Pakej Eksklusif Umrah Ziarah Taif Bertaraf 5 Bintang Hotel Anjum kami yang serba berpatutan, serendah RM 7,390*!

Leave a Reply

Kategori

Arkib

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp